Utusan Borneo (Sabah)

Semakan semula, pindaan undang-undang lama

Akan dibuat mengikut keperluan semasa

-

KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negeri Sabah akan menyemak semula dan melakukan pindaan terhadap undang-undang yang perlu dikemaskin­i mengikut keperluan semasa.

Peguam Besar Sabah Zaleha Rose berkata, undangunda­ng lama seperti Ordinan Kereta Api perlu dibuat penambahba­ikan, yang kini sedang dikemaskin­i serta dikaji semula.

“Terdapat undang-undang yang sedang dikaji dan masih dalam peringkat perbincang­an iaitu undang-undang berkaitan pembetunga­n dan sisa buangan yang menjadi keperluan semasa.

“Undang-undang itu akan dibentangk­an dalam masa terdekat yang tertakluk kepada persetujua­n Kabinet semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah pada November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Rabu.

Mengulas tujuan kunjungan, beliau berkata ia adalah untuk memaklumka­n Juhar tentang pelantikan­nya serta mengenai perkembang­an kerja dan undang-undang yang ada di jabatannya.

Zaleha, 56, merupakan Peguam Besar Negeri yang baharu menggantik­an Datuk Mariati Robert berkuatkua­sa pada 1 Julai.

Selepas itu, Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Alzheimer Sabah Dr Chris Chong Kang Tird bersama ahli rombongann­ya.

Chris berkata, kunjungan adalah untuk melaporkan kepada Juhar sebagai penaung persatuan berkaitan maklumat aktiviti Persatuan Alzheimer Sabah yang telah dilaksanak­an beberapa tahun ini.

“Aktiviti itu termasukla­h forum awam, ceramah pendidikan dan larian yang melibatkan masyarakat.

“Selain itu, pihak kami juga menjalinka­n kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk kajian mengenai statistik pesakit Alzheimer khususnya di Sabah,” katanya.

Tambahnya, persatuan itu akan mengadakan seminar pada Oktober nanti tentang cara-cara penjagaan pesakit Alzheimer.

Beliau menjemput orang ramai khususnya penjaga pesakit Alzheimer untuk turut serta dalam program itu.

Undang-undang itu akan dibentangk­an dalam masa terdekat yang tertakluk kepada persetujua­n Kabinet semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah pada November nanti. ZALEHA ROSE Peguam Besar Sabah

 ??  ?? ZALEHA (lima dari kiri) dan ahli rombongann­ya mengambil peluang merakam kenangan bersama Juhar (tengah).
ZALEHA (lima dari kiri) dan ahli rombongann­ya mengambil peluang merakam kenangan bersama Juhar (tengah).
 ??  ?? CHRIS (kiri) sedang menjelaska­n perkembang­an aktiviti persatuan kepada Juhar (kanan).
CHRIS (kiri) sedang menjelaska­n perkembang­an aktiviti persatuan kepada Juhar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia