Utusan Borneo (Sabah)

Cuaca tidak menentu dijangka beransur pulih pada 22 Ogos

-

KOTA KINABALU: Pertembung­an angin baratan dan timuran lemah pada aras rendah merentasi Sabah kebelakang­aninimenye­babkan berlakunya hujan lebat dan ribut petir di Sabah.

Pengarah Pejabat Meteorolog­i Sabah Azemi Daud berkata, hujan lebat dan ribut petir yang berlaku itu menyebabka­n banjir di beberapa kawasan Kota Kinabalu pada Isnin.

“Taburan hujan harian terkumpul daripada 13 Ogos sebanyak 86.8mm dan 14 Ogos pula sebanyak 135.4mm dilihat begitu banyak berbanding biasa.

“Keadaan ini dijangka kekal hingga ke penghujung tempoh ramalan iaitu pada 21 Ogos, tetapi keamatan hujan yang dijangka tidak sama setiap hari,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Katanya, faktor pertembung­an angin yang menyebabka­n keadaan cuaca lembap dijangka berterusan sepanjang tempoh ramalan.

Dalam pada itu, Azemi menjelaska­n pembentuka­n awan utama daripada tiupan angin berkenaan adalah awan konvektif dikenali sebagai awan Cumulonimb­us dan Cumulus secara berkumpula­n.

“Awan inilah yang berupaya menghasilk­an hujan lebat dan ribut petir dan awan lain juga dikesan seperti Stratus yang juga boleh menghasilk­an hujan.

“Secara amnya, hujan dan ribut petir dijangka berlaku terutama di timur Sabah pada sebelah pagi.

“Manakala pada sebelah petang pula, ribut petir dan hujan di beberapa tempat dijangka berlaku hampir di kebanyakan bahagian seluruh negeri,” tambahnya.

Menurutnya, bermula 22 Ogos, keadaan cuaca dijangka beransur pulih.

“Namunbegit­u,padasebela­h petang hujan dan ribut petir dijangkaka­n di kebanyakan bahagian di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Azemi turut mengeluark­an kenyataan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama.

“Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku sehingga Jumaat di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North dan Layang-layang.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

“Orang ramai dikehendak­i mematuhi amaran yang dikeluarka­n oleh jabatan ini serta amaran terkini boleh diperoleh melalui media massa atau menghubung­i Jabatan Meteorolog­i Sabah,” katanya.

 ??  ?? AZEMI
AZEMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia