Utusan Borneo (Sabah)

Sertai Kempen Kibar Jalur Gemilang

Saranan kepada pengusaha hotel dan organisasi di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyaranka­n agar semua hotel atau organisasi di Sabah turut serta dalam melaksanak­an Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, kempen yang baharu saja dilancarka­n itu adalah platform kepada masyarakat untuk menunjukka­n rasa penghargaa­n kepada negara.

“Sambutan Hari Kebangsaan amat penting dalam kita mengekalka­n perpaduan, kesepakata­n sebagai rakyat Malaysia dan semangat kesetiaan serta meningkatk­an patriotism­e kita terhadap negara yang tercinta.

“Ia bersesuaia­n dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Negaraku Sehati Sejiwa yang berasaskan keharmonia­n dalam kepelbagai­an.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita amat alu-alukan program seumpama ini kerana kita percaya ia adalah platform untuk menunjukka­n rasa penghargaa­n dan terima kasih kepada negara yang telah banyak memberi peluang kepada kita menikmati erti kemerdekaa­n yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Sutera Harbour Resort 2017, di sini pada Rabu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Musa berkata, walaupun Sabah terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama tetapi tetap mampu membuktika­n bahawa negeri ini mampu bersatu hati, saling memahami serta hormat menghormat­i.

“Semangat inilah yang menjadi penggerak kepada agenda memperkasa­kan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia.

“Saya yakin dan percaya, negara kita boleh melangkah lebih jauh lagi sekiranya kita mengambil inisiatif yang positif seperti menyemai nilai toleransi, persefaham­an serta sikap saling bantu-membantu antara sesama.

“Semangat ini perlu terus disemai dan dipupuk agar kita mampu membina generasi yang mantap serta berupaya mengekalka­n semangat perpaduan dalam memacu pembanguna­n ekonomi, politik dan sosial,” jelasnya.

Tambahnya, organisasi terutamany­a yang terlibat dalam industri hospitalit­i serta pelanconga­n memainkan peranan penting bagi menjaga imej baik dalam mempromosi­kan negara kepada dunia luar.

“Sebagai wakil tuan rumah, sesebuah organisasi seharusnya menunjukka­n sikap warganegar­a merdeka yang sebenar dengan menunjukka­n nilai budi bahasa yang tinggi serta sifat bersopan santun bagi menjana nama baik negara sekaligus meningkatk­an lagi pendapatan dalam industri pelanconga­n dan menjana ekonomi negara,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Johnny Mositun, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi dan Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai.

 ??  ?? HAJIJI lain. (kiri) melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bersama tetamu kehormat
HAJIJI lain. (kiri) melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bersama tetamu kehormat
 ??  ?? HAJIJI (tengah) mengetuai acara simbolik perasmian majlis dengan melepaskan sebanyak 60 ekor burung merpati.
HAJIJI (tengah) mengetuai acara simbolik perasmian majlis dengan melepaskan sebanyak 60 ekor burung merpati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia