Utusan Borneo (Sabah)

Kem Bina Insan kuatkan jati diri remaja

-

BELURAN: Kem Bina Insan anjuran SMK Beluran Bestari dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) cawangan Penaja Sandakan dan Kinabatang­an yang berlangsun­g selama tiga hari memberi peluang kepada peserta didedahkan realiti semasa remaja dan mendidik menjadi insan yang baik dengan ajaran agama yang sebetulnya.

Kem dengan kerjasama Kelab Anak-Anak Sandakan (Anas) dan Kelab Remaja Ukhwah (KRU) Cawangan Kinabatang­an itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dan disertai seramai 112 pelajar.

Objektif kem adalah untuk memberi kefahaman Islam kepada peserta berkenaan akidah, ibadah dan akhlak yang sebenarnya sebagai seorang muslim.

Pengerusi PSS Cawangan Penaja Kinabatang­an Jumaidin Lakalla berkata, “Kita sebagai seorang beragama Islam perlulah mempelajar­i dan memahami Islam secara keseluruha­nnya yang terdiri daripada aspek rohani mahupun jasmani.”

“Kem ini bertujuan membentuk jati diri peserta melalui aktiviti sampingan yang diadakan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Malam Kebudayaan dan Penghayata­n serta Kembara Daie yang akan menguji lagi kefahaman mereka berkaitan modul yang diberikan sepanjang kem ini berlangsun­g,” katanya.

Majlis menutupan kem yang dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 SMK Beluran Bestari Muhammad Din Sulaiman itu telah menobatkan Mohd Zulfaqrul Arifin Abdul Majid serta Norazrine Leopard sebagai Peserta Terbaik lelaki dan perempuan.

“Program seperti ini sangat baik untuk diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan Islam kepada pelajar sekolah,” kata Muhammad Din.

 ??  ?? PESERTA Kem Bina Insan merakam gambar kenangan selepas majlis penutupan.
PESERTA Kem Bina Insan merakam gambar kenangan selepas majlis penutupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia