Utusan Borneo (Sabah)

Lakukan khianat: Lelaki kena 12 bulan

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, mengenakan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pemuda yang melakukan khianat.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Azhar Aradani, 20, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi daripada lima tahun, atau dengan denda atau keduaduany­a sekali.

Tertuduh memecahkan cermin kereta bahagian penumpang hadapan milik Timothy Boriul, 30, pada 1 Ogos jam 11.30 malam, di parkir bersebelah­an Restoran Jesselton Pearl Harbour, Waterfront, di sini.

Mengikut siasatan, ketika pengadu dan rakannya beredar pulang selepas makan di kawasan terbabit, mereka memandang ke arah tiga lelaki di jeti berhampira­n.

Disebabkan tidak puas hati dipandang, tiga lelaki berkenaan menghampir­inya lalu mengepung dan memecahkan cermin kereta.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki didenda sebanyak RM4,000 atau penjara empat bulan atas kesalahan memiliki sembilan helai kertas kecil tercatat angka 4D.

Ting Lee Soon, 33, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001).

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan itu dilakukan pada 26 November tahun lalu jam 3.15 petang di sebuah premis, Taman Jumbo, Petagas, Putatan.

Mengikut fakta kes, serbuan dibuat oleh pihak polis di sebuah premis tidak bernama setelah menerima maklumat mengenai kegiatan perjudian haram di tempat berkenaan.

Beberapa barangan dirampas antaranya sembilan telefon bimbit, kalkulator, mesin cetak, dua batang pen, pensil dan sembilan helai kertas 4D haram.

Tertuduh dan barang rampasan kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Penampang untuk tindakan dan siasatan selanjutny­a.

Semua pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia