Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa cuba bunuh diri ketahui nasib hari ini

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan cuba membunuh diri.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 17 Ogos terhadap Chan Mow Yin untuk jatuh hukuman dan fakta kes.

C h anyang didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, melakukan perbuatan dengan cara mengelar lehernya, pada 25 Mac jam 11.45 pagi di jalan besar Taman Juta Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh setahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Sementara menuggu tarikh berkenaan, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, mahkamah memerintah­kan seorang remaja untuk melakukank­erja-kerjakhidm­at masyarkat selama tempoh 100 jam, atas kesalahan mencuri sebuah motosikal.

Mahkamah membuat keputusan itu dilakukan terhadap Muhammad Adam Shukry, 18, selepas laporan akhlak dikemukaka­n oleh pegawai kebajikan.

Tertuduh sebelum ini mengaku bersalah mencuri sebuah motosikal milik seorang lelaki berusia 26 tahun, pada 14 Julai jam 3.30 petang di tepi jalan Taman Friendship, Putatan.

Atas kesalahan itu, Muhammad Adam disabitkan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman yang dikenakan penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun dan boleh didenda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia