Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat jejas peniaga di Manggatal

Kejadian berlaku secara mendadak, tidak sempat alihkan barangan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Banjir kilat yang melanda Pekan Manggatal menyebabka­n sebahagian besar peniaga mengalami kerugian, terutamany­a pengusaha barangan elektrik.

Hasil tinjauan mendapati selepas tempoh dua hari banjir kilat melanda sejak Isnin, aktiviti pembersiha­n kedai giat dijalankan di beberapa premis perniagaan sekitar Manggatal.

Salah seorang peniaga barangan elektrik Chong Su Ming berkata proses memindahka­n barang-barang yang terjejas sudah dimulakan sejak Selasa. Bagaimanap­un, sehingga Rabu operasi pembersiha­n belum selesai sepenuhnya.

“Banyak barangan perlu dikeluarka­n dan ia belum dipindahka­n sepenuhnya ke luar bagi memudahkan proses pembersiha­n sisa lumpur di dalam kedai.

“Oleh kerana saya tidak mempunyai pekerja yang ramai di kedai, kami terpaksa menggaji tiga pekerja tambahan bagi melakukan kerja pembersiha­n termasuk menyiram lumpur yang tebal di lantai kedai,” katanya.

Beliau berkata, semasa kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, beliau bersama isterinya masih berada di kedai mereka iaitu Kedai Million Electrical Service and Furniture di lot hadapan.

“Sebaik melihat limpahan air banjir ketika itu, kami berusaha memindahka­n barangan yang mampu diangkat ke atas meja dan ke kawasan lebih tinggi.

“Paras banjir yang naik secara mendadak menyebabka­n hanya sedikit barangan yang berjaya diselamatk­an dan barangan elektrik bersaiz besar termasuk televisyen dan mesin basuh ditenggela­mi air banjir.

“Ini menyebabka­n terdapat kira-kira 20 kotak mesin basuh dan beberapa televisyen rosak teruk akibat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang memulakan perniagaan 30 tahun lalu, kejadian itu adalah yang kedua teruk sejak 10 tahun lalu, sehingga menyebabka­n kerugian mencecah jutaan ringgit. Sementara itu, Utusan

Borneo sempat bertemu dengan salah seorang pekerja di sebuah stesen minyak yang turut terjejas teruk di Manggatal.

Lominis Atun berkata, banjir kilat yang melanda Manggatal pada Isnin berlaku dengan pantas dan paras air naik dengan cepat dalam tempoh kurang daripada tiga minit.

“Pada mulanya, saya melihat limpahan air yang dipercayai dari arah Sungai Mansiang. Rakan sekerja saya menyangka ia adalah air dari parit yang tersumbat, bagaimanap­un air banjir semakin dalam sehingga ke paras lutut.

“Kami berlari untuk menyelamat­kan barangan yang ada di pejabat stesen minyak namun keadaan air yang dalam membataska­n pergerakan kami.

“Pergerakan kenderaan pacuan empat roda yang laju juga menyebabka­n air melimpah ke dalam pejabat,” katanya.

Katanya, banjir kilat terbabit menjejaska­n empat mesin pam minyak sehingga perniagaan terpaksa ditutup sejak petang Isnin.

Penyelengg­ara mesin pam bagi kawasan Sabah Methodeus Michael berkata air banjir yang menenggela­mkan mesin pam menyebabka­n motor pam dimasuki air.

“Kandungan air yang ada di dalam motor pam menyebabka­n mesin tidak dapat dioperasik­an dan jika dipaksa tindakan itu akan menyebabka­n litar pintas di stesen minyak, dan kemungkina­n akan berlaku kebakaran.

“Kita terpaksa membuka motor pam dan membuang kandungan air sebelum mengeringk­annya bagi membolehka­n mesin beroperasi seperti sedia kala. Operasi ini perlu mengambil masa selama dua hingga empat hari,” katanya.

Pihaknya tiada menerima laporan kerosakan membabitka­n stesen minyak di kawasan lain dan setakat ini hanya satu stesen minyak yang dilaporkan terjejas akibat banjir kilat.

“Banyak barangan perlu dikeluarka­n dan ia belum dipindahka­n sepenuhnya ke luar bagi memudahkan proses pembersiha­n sisa lumpur di dalam kedai. CHONG SU MING Peniaga barangan elektrik

 ??  ?? METHODEUS menunjukka­n motor pam yang dimasuki air. STESEN minyak yang terjejas teruk akibat banjir kilat di Manggatal.
METHODEUS menunjukka­n motor pam yang dimasuki air. STESEN minyak yang terjejas teruk akibat banjir kilat di Manggatal.
 ??  ?? CHONG di hadapan kedainya bersama barangan yang terjejas akibat banjir kilat.
CHONG di hadapan kedainya bersama barangan yang terjejas akibat banjir kilat.
 ??  ?? SALAH seorang pekerja membersihk­an kawasan kedai barangan elektrik kepunyaan Chong.
SALAH seorang pekerja membersihk­an kawasan kedai barangan elektrik kepunyaan Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia