Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan 16 suspek Selesai 10 kes pecah rumah,harta benda dan samun

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya menyelesai­kan 10 kes pecah rumah, harta benda dan jenayah samun serta menahan 16 suspek dipercayai terlibat kes itu yang dilakukan sepanjang Julai hingga pertengaha­n Ogos.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisoner Mohd Azhar Hamin berkata, turut berjaya dirampas pelbagai barangan termasuk tiga unit barang kemas, wang tunai RM3,000 serta alatan pecah rumah yang digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.

Katanya, jumlah kerugian bagi 10 kes yang dilaporkan adalah sebanyak RM20 ribu manakala rampasan dianggarka­n bernilai kirakira RM13 ribu.

Semua kejadian jenayah itu berlaku di kawasan Bandar Megah, Batu 7, Kampung Segaliud, Batu 36, Jalan Sandakan-Lahad Datu, Taman Indah, Batu 4, Ladang Kelapa Sawit Rancangan Sg Manila Batu 12, Kampung Lupak Meluas, Bandar Maju, Tadika di Batu 1 1/2, stor simpanan mekanikal di BDC dan kedai-kedai sekitar Batu 1 1/2 serta Batu 3.

“Kesemua 16 suspek yang ditahan masing-masing 13 rakyat tempatan dan tiga lagi warga asing berumur 13 hingga 40 tahun. Hasil pemeriksaa­n awal saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati 12 daripada 16 suspek itu didapati positif dadah jenis syabu.

“Kejayaan tangkapan itu adalah hasil kerjasama masyarakat awam kepada pihak polis sehingga tertangkap­nya suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat JSJ, Balai Polis Bandar Sandakan pada Rabu.

Sejurus majlis itu, Azhar menyampaik­an penghargaa­n kepada20pe­gawaidanan­ggota polis Sandakan yang berjaya membantu menangkap serta menyelesai­kan kes-kes berkenaan.

Katanya, ia sebagai penghargaa­n kejayaan mereka selain diharap menjadi insipirasi kepada rakan sekerja yang lain.

Dalam pada itu, Azhar berkata pada awal hingga pertengaha­n Ogos, pihak IPD Sandakan juga telah meneruskan usaha berterusan membasmi jenayah secara proaktif khususnya untuk menjaga kepentinga­n masyarakat Sandakan terutama yang melibatkan jenayah harta benda.

“Pelbagai operasi juga dijalankan termasuk Op Cantas, Op Cegah Jenayah dan beberapa lagi operasi melibatkan setiap jabatan IPD Sandakan,” katanya.

Hasil operasi yang dijalankan juga telah berjaya menumpaska­n individu atau kumpulan yang terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah pecah rumah, harta benda dan jenayah samun.

Beliau berkata, selain kerjasama masyarakat yang menyalurka­n maklumat, pihaknya juga mengalualu­kan penduduk khasnya di kawasan perumahan melakukan rondaan di kawasan masing-masing.

Kesemua 16 suspek yang ditahan masing-masing 13 rakyat tempatan dan tiga lagi warga asing berumur 13 hingga 40 tahun. Hasil pemeriksaa­n awal saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati 12 daripada 16 suspek itu didapati positif dadah jenis syabu. ASISTEN KOMISONER MOHD AZHAR HAMIN Ketua Polis Daerah

 ??  ?? AZHAR menunjukka­n antara barang kemas yang dirampas pada sidang media itu.
AZHAR menunjukka­n antara barang kemas yang dirampas pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia