Utusan Borneo (Sabah)

Bantu bersihkan banjir: Jainab

Semua pihak disaran babitkan diri menerusi program CSR

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Berikutan banjir kilat yang berlaku di lima kawasan sekitar bandaraya ini, semua pihak disaran untuk melibatkan diri dalam kerja pembersiha­n kawasan yang dilanda banjir.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata ia adalah masa bagi pihak swasta melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) masingmasi­ng bagi membantu membersihk­an kawasan yang dilanda bencana alam.

Beliau berkata, kerjasama sepasukan dalam menangani bencana alam amat penting agar dapat meringanka­n bebanan golongan yang terjejas akibat banjir.

“Untuk penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir pula, barangan elektrik harus ditempatka­n di kawasan yang tidak dinaiki air supaya tidak berlaku sebarang masalah tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Terdahulu, katika ditemui dalam majlis berasingan, Jainab menyaranka­n ibu bapa supaya menjaga keselamata­n anak masing-masing dan jangan benarkan mereka bermain air.

“Saya juga meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya melalui kawasan yang dinaiki air. Bagi majikan pula, sekiranya hujan lebat sepanjang hari, mereka harus memberi kelonggara­n kepada kakitangan untuk balik lebih awal supaya tidak tersangkut di kawasan yang mengalami banjir kilat,” katanya ketika ditemui pada Program Fit Dance Negaraku ‘Sehati Sejiwa’ anjuran Biro Tatanegara (BTN) Sabah.

Program Fit Dance itu disertai kirakira 80 orang yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penyiaran Negeri (RTM), BTN serta kru Fit Dance.

Mengenai program itu, Jainab menggalakk­an golongan belia supaya melibatkan diri dalam aktiviti sebegitu kerana ia bukan hanya membolehka­n mereka menjalani hidup sihat tetapi juga memberi ruang kepada mereka melahirkan semangat sayangkan negara.

Program Fit Dance Negaraku memberi peluang kepada anak muda untuk mengekspre­sikan rasa kecintaan dan sayang kepada negara

Saya juga meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya melalui kawasan yang dinaiki air. Bagi majikan pula, sekiranya hujan lebat sepanjang hari, mereka harus memberi kelonggara­n kepada kakitangan untuk balik lebih awal supaya tidak tersangkut di kawasan yang

kilat” mengalami banjir DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? JAINAB (tengah) bersama Pengarah BTN Sabah Datuk Armizan Mohd Ali dan peserta Fit Dance Negaraku ‘Sehati Sejiwa’.
JAINAB (tengah) bersama Pengarah BTN Sabah Datuk Armizan Mohd Ali dan peserta Fit Dance Negaraku ‘Sehati Sejiwa’.
 ??  ?? BARISAN jurulatih yang mengetuai program Fit Dance Negaraku ‘Sehati Sejiwa’ di perkaranga­n Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia.
BARISAN jurulatih yang mengetuai program Fit Dance Negaraku ‘Sehati Sejiwa’ di perkaranga­n Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia