Utusan Borneo (Sabah)

Guru baharu SMK Pantai IBWS hadiri perkongsia­n IBMYP

-

LABUAN: Satu sesi perkongsia­n Internatio­nal Baccalaure­ate: Middle Years Programme (IBMYP) kepada guru-guru baharu SMK Pantai IBWS telah diadakan di bilik mesyuarat sekolah berkenaan.

Pengetua SMK Pantai Sahar Misron berkata, antara objektif program itu ialah memastikan guruguru baharu faham tentang pendekatan MYP yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dan tahu menggunaka­nnya.

Selain itu, memastikan guru-guru baharu sedar tentang falsafah IB dan signifikan penggunaan dokumen rujukan IB iaitu ‘From Principles into Practices’ dan ‘Subject Guides’ serta memastikan guru-guru baharu tahu cara pentaksira­n MYP.

“Dari 2014 sehingga kini, pergerakan keluar masuk guru-guru tetap berlaku di SMK Pantai IB World School seperti sekolah-sekolah lain di seluruh negara.

“Oleh itu, guru-guru baharu yang ditempatka­n ke SMK Pantai IB World School selepas tamat tempoh latihan wajib itu perlulah didedahkan tentang MYP dan dilatih sewajarnya bagi memastikan mereka dapat melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an abad ke21 mengikut kaedah MYP,” katanya.

Pada 23 Julai 2016, katanya, SMK Pantai telah mendapat pengiktira­fan daripada Internatio­nal Baccalaure­ate Organisati­on, sebuah organisasi antarabang­sa, sebagai IB World School yang kelima dalam kalangan sekolah kerajaan di Malaysia.

Sahar berkata, dalam usaha untuk mendapatka­n pengiktira­fan itu, guru-guru SMK Pantai iB World School telah melalui pelbagai proses latihan profesiona­l dalam bentuk bengkel, sesi ‘faceto-face’ bersama pengendali bengkel daripada luar negara dan latihan atas talian bersama konsultan terpilih daripada luar negara sebagai persediaan untuk melaksanak­an MYP di SMK Pantai.

Katanya, kesemua latihan profesiona­l sebanyak tujuh kitaran ini berlangsun­g selama lebih kurang lapan bulan bermula dari Jun 2013 dan berakhir pada Februari 2014.

Dalam erti kata lain, semua guru perlu mendapat pendedahan yang cukup sebelum ia dapat dilaksanak­an di sekolah bagi memastikan kejayaan pelaksanaa­n MYP di SMK Pantai IB World School.

“Latihan berterusan kepada warga sekolah terutama guruguru berterusan sehingga tahun ini. Program seumpama ini akan diadakan secara berkala mengikut keperluan bagi memantapka­n lagi pelaksanaa­n IBMYP di sekolah ini.

“Program turut memberi peluang kepada guru-guru baharu dan guru-guru yang bertukar masuk ke sekolah ini berkongsi pengalaman dan perasaan gembira kerana ditempatka­n di sekolah ini,” katanya.

 ??  ?? SAHAR (tengah) bersama guru-guru yang menghadiri sesi perkongsia­n pada program itu.
SAHAR (tengah) bersama guru-guru yang menghadiri sesi perkongsia­n pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia