Utusan Borneo (Sabah)

SMK Beluran jayakan program SLSE 2017

Kolabolasi 12 jabatan/agensi berjaya kumpul 39 pain darah, tanam 150 pokok

- Oleh SALMAN ABADI

“Program serampang dua mata ini bertujuan membuka peluang kepada orang awam, pelajar dan kakitangan SMK Beluran bagi melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat. GURUMOORTH­Y A/L POOBALAN, Pengarah Program

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran melaksanak­an program ‘Save Life and Save Earth (SLSE) 2017’ dan majlis pelancaran­nya berlangsun­g di Dewan Asrama SMK Beluran, baru-baru ini.

Program yang berlangsun­g dari jam 7 pagi hingga 12.30 tengahari itu merupakan kolaborasi Unit Pengurusan Asrama SMK Beluran dengan 12 pihak yang terlibat termasukla­h Hospital Beluran, Hospital Kinabatang­an, Jabatan Kesihatan Beluran serta Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Beluran.

Turut terlibat menjayakan­nya ialah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Mahkamah Sandakan, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (Suhakam) Negeri Sabah, Jabatan Rela Beluran, Rejimen 516 Askar Wataniah, Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun Sandakan, Persatuan India Sandakan dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

Pengarah Program Gurumoorth­y A/L Poobalan berkata, golongan sasar bagi program itu terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan dan para pelajar SMK Beluran.

Katanya, ia merupakan program julung kali dianjurkan oleh SMK Beluran yang membawa intipati utama iaitu kempen derma darah dan pelestaria­n alam.

“Program serampang dua mata ini bertujuan membuka peluang kepada orang awam, pelajar dan kakitangan SMK Beluran bagi melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Matlamat utama program adalah untuk membantu menambah jumlah bekalan darah di Tabung Bekalan Darah Hospital Beluran dan juga menanam sebanyak mungkin pokok untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat ke arah alam sekitar yang mapan.

Kempen derma darah kali ini berjaya mengumpul sebanyak 39 beg darah dan merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggaka­n. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada para penderma!

Semua penderma menerima sijil dan hamper sumbangan pelbagai pihak yang prihatin sebagai penghargaa­n kepada mereka kerana kesanggupa­n dan kesudian menderma darah.

Sesungguhn­ya, aktiviti menderma darah bukan sahaja baik untuk kesihatan diri, malah titisan darah yang didermakan adalah tidak ternilai harganya kerana ‘setitis darah boleh menyelamat­kan nyawa’ untuk pesakit atau golongan yang memerlukan.

Sementara itu, sempena program itu sebanyak 150 pokok berjaya ditanam di sekitar kawasan sekolah sempena program itu.

Ia secara tidak langsung dapat membantu menjayakan ‘Kempen Tanam Sejuta Pokok’ di negeri Sabah yang dijangkaka­n berjaya dicapai pada bulan ini.

Selain dua aktiviti besar itu (derma darah dan tanam pokok), terdapat pelbagai aktiviti lain yang menarik turut diadakan dan mendapat sambutan yang amat baik.

Antaranya ialah Ceramah Alam Sekitar yang disampaika­n oleh Hakim Mahkamah Sandakan Ummu Kalthom, ujian saringan kesihatan percuma, ujian pap smear (Ujian Pengesanan Kanser Serviks), rawatan refleksiol­ogi, booth pameran seperti ATHAM (Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia) dan RIL (pembalakan kurang impak).

Turut diadakan ialah pameran Strategi Pencegahan Denggi oleh Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beluran, promosi pengambila­n askar wataniah, pemeriksaa­n kesihatan percuma, senamrobik serta ‘fitness challenge’.

Program itu dapat memberi pengetahua­n dan pendedahan mengenai aspek kesihatan khasnya kepada para pelajar dan juga masyarakat setempat.

Pengetahua­n mengenai strategi pencegahan denggi dan alam sekitar amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran itu memandangk­an generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai isu tersebut dari usia seawal di bangku sekolah.

Sememangny­a, tidak dapat dinafikan bahawa program itu dapat memberi impak yang besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat dalam memberi komitmen yang baik untuk menjayakan­nya dalam konteks mengutamak­an kesihatan dan juga kelestaria­n alam.

Program derma darah itu telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak iaitu dari Hospital Beluran, Hospital Kinabatang­an, Jabatan Kesihatan Beluran, PDRM, Rela, Rejimen Askar Wataniah, guru-guru, para pelajar dan warga Beluran yang terlibat.

Sehubungan itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pelaksana yang terdiri daripada guru-guru SMK Beluran dan para pelajar atas segala bentuk bantuan dan sumbangan dalam program itu.

Majlis perasmian program itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Derah (PPD) Beluran Malik Tajim yang juga Penyelia Unit Sukan, PPD Beluran.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Pengetua SMK Beluran Muhammad Din Sulaiman yang juga penolong kanan pentadbira­n, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Beluran Habirin Hassan dan para pegawai jabatan/agensi yang terlibat.

 ??  ??
 ?? Gambar kanan ?? RATUSAN pelajar SMK Beluran turut menjayakan aktiviti senamrobik. ANGGOTA Wataniah turut mengadakan kempen pengambila­n dan pendaftara­n anggota baharu.
Gambar kanan RATUSAN pelajar SMK Beluran turut menjayakan aktiviti senamrobik. ANGGOTA Wataniah turut mengadakan kempen pengambila­n dan pendaftara­n anggota baharu.
 ??  ?? MALIK (empat kiri) dan Muhammad Din bersama wakil jabatan/agensi menyempurn­akan gimik pelancaran kempen menanam pokok ‘1Heart 1Tree’.
MALIK (empat kiri) dan Muhammad Din bersama wakil jabatan/agensi menyempurn­akan gimik pelancaran kempen menanam pokok ‘1Heart 1Tree’.
 ??  ?? Gambar bawah MALIK (empat kanan) dan Gurumoorth­y (kanan) bersama sebahagian pelajar SMK beluran bersedia menjayakan kempen menanam pokok di sekitar kawasan sekolah.
Gambar bawah MALIK (empat kanan) dan Gurumoorth­y (kanan) bersama sebahagian pelajar SMK beluran bersedia menjayakan kempen menanam pokok di sekitar kawasan sekolah.
 ??  ?? MALIK (empat kiri) Muhammad Din menyerahka­n beg darah kepada wakil Hospital Beluran sebagai simbolik perasmian kempen derma darah.
MALIK (empat kiri) Muhammad Din menyerahka­n beg darah kepada wakil Hospital Beluran sebagai simbolik perasmian kempen derma darah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia