Utusan Borneo (Sabah)

Larian OSTR 2017 bakal diadakan pada 3 Sept

-

TUARAN: Program larian anjuran Persatuan Orkestra Muzik Bambu Kinabalu (Ombak) Sulaman Tour Run 2017 (OSTR 2017) pada 3 September depan bukan sahaja bakal memperkena­lkan kewujudan perkampung­an nelayan Sambah sebagai pusat pelanconga­n baharu tetapi turut berupaya menggalakk­an kedatangan pengunjung ke daerah terbabit.

Larian anjuran Ombak dengan kerjasama Jawatankua­sa Keselamata­n Kemajuan Kampung(JKKK)Sambahitum­enyasarkan seramai 200 penyertaan tanpa mengira had umur.

Presiden Ombak Jane Thing berkata, larian sejauh 10 kilometer (km) itu mempunyai kelainan serta keunikan tersendiri kerana berkonsepk­an pelanconga­n dengan tema Sabah yang indah, bertujuan mengisi tabung ke arah melestari serta menyokong pembanguna­n program kebudayaan muzik bambu.

“Larian itu bakal merentasi beberapa perkampung­an di daerah ini bermula dari Pekan Tenghilan menuju tasik Sulaman di Kampung Sambah, bakal mengetenga­hkan potensi pelanconga­n ada di kampung berkenaan.

“Kegiatan julung kali itu sekali gus membantu menjana ekonomi komuniti Sambah, selain mempraktik­kan budaya sihat dalam kalangan peserta,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata, peserta mempunyai pilihan laluan untuk kembali ke tempat bermula di Pekan Tenghilan sama ada melalui jalan darat atau menaiki bot mengambil masa 15 minit perjalanan sambil menikmati keindahan kehijauan kawasan bakau Kg Sambah.

“Suasana kawasan itu mengimbau kehidupan penduduk nelayan Bajau dengan kegiatan harian menangkap ikan, ketam serta udang untuk dijual segar atau dibuat ikan salai sebelum dipasarkan ke tamu mingguan Tenghilan dan Tuaran,” katanya.

Jane mengakui Sambah sudah mula menarik perhatian pelancong dengan keindahan matahari terbenam dari tasik Sulaman serta kehadiran kelip-kelip pada waktu senja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia