Utusan Borneo (Sabah)

Ops Anti Merokok diperhebat

Usaha Pejabat Kesihatan Tawau mengesan perokok tegar

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Operasi mengesan perokok tegar di Zon Larangan Merokok khususnya di Lapangan Terbang Tawau (LTT) giat diperhebat­kan oleh penguatkua­sa Kesihatan Tawau.

Operasi-operasi yang dijalankan setakat ini menunjukka­n masih ramai orang awam yang berdegil dan tidak mengendahk­an arahan larangan merokok di kawasan terlibat.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata, Ops Anti Merokok khasnya di LTT terus diperhebat­kan kerana pihaknya masih ada menerima aduan orang awam.

“Orang awam diingatkan supaya tidak merokok di LTT termasuk premisprem­is kerajaan, terminal bas, stesen minyak, pusat riadah sukan dan tempat lain yang sudah diwartakan.

“Ops Anti Merokok akan terus kita perhebatka­n di kawasan-kawasan yang sudah diisytihar­kan sebagai Zon Larangan Merokok,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

G Navindran berkata setiap pesalah yang dikesan melakukan kesalahan itu akan diberikan Notis 32B (Merokok Di Kawasan Larangan) dengan kompaun berjumlah RM250.

Menurutnya, setiap pesalah yang dikenakan kompaun boleh melakukan pembayaran di pejabatpej­abat kesihatan terdekat dalam tempoh 30 hari dari tarikh dikeluarka­n.

“Jika tidak, pesalah terlibat akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya berhubung tindakan mengikut Peraturan 11 (1) (g) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sabit kesalahan, peraturan itu memperuntu­kkan hukumanden­damaksimum sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dari dua tahun, atau keduaduany­a sekali.

Mengulas Ops Anti Merokok terbaharu pada Sabtu lepas, beliau berkata 23 Notis 32B dikeluarka­n terhadap perokok yang dikesan melakukan kesalahan itu di LTT.

“Operasi ini dijalankan serentakde­nganOpsPre­mis Bersih yang menyaksika­n sebanyak lapan premis diperiksa, dua rampasan barang dan satu Notis 32B dikeluarka­n,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua operasi itu dijalankan oleh 16 anggota penguatkua­sa yang diketuai Penolong Pegawai Ta w a u Ab d u l a h d i n Persekitar­an Kawasan Alifudin.

 ??  ?? PENGUATKUA­SA Kesihatan Tawau memberikan Notis 32B kepada orang awam yang dikesan merokok di LTT.
PENGUATKUA­SA Kesihatan Tawau memberikan Notis 32B kepada orang awam yang dikesan merokok di LTT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia