Utusan Borneo (Sabah)

Terjejas banjir, Sierra Leone seru bantuan

Ketika melawat kawasan bencana, Presiden Koroma menuntut perhatian segera antarabang­sa

-

FREETOWN: Presiden Sierra Leone mengeluark­an rayuan yang terdesak untuk bantuan, sehari selepas banjir melanda ibu negara, membunuh lebih 300 orang dan menyebabka­n ratusan lagi hilang.

Presiden Ernest Bai Koroma menahanseb­akketikabe­rkata, “Kemusnahan ini ternyata melemahkan kami”, ketika melawat Regent, salah sebuah kawasan paling teruk dilanda banjir.

“Seluruh masyarakat telah dimusnahka­n

“Kami memerlukan bantuan segera sekarang,” kata Koroma kelmarin.

Ketika bandar raya berkenaan mula mengebumik­an mangsa yang terkorban, kerajaan asing mula menggerakk­an bantuan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia sedang menilai keperluan kemanusiaa­n di negara itu dan pelan kontingens­i sedang dirangka untuk mengurangk­an sebarang wabak penyakit bawaan air yang berpotensi seperti kolera, tifoid dan cirit-birit, menurut jurucakap Stephane Dujarric.

Beliau menyatakan Organisasi Migrasi Antarabang­sa telah mengeluark­an dana kecemasan AS$150,000 (RM675,000).

Hujan lebat yang mengalir di lereng sebuah bukit di Regent mencetuska­n tanah runtuh yang telah menimbus rumah setinggi tiga atau empat tingkat, kebanyakan­nya dibina secara haram.

Koroma meninjau hospital dan rumah mayat pusat Connaught di Regent, yang sesak dengan mayat.

Kerajaan Sierra Leone, salah sebuah negara paling miskin di dunia, menjanjika­n bantuan kepada lebih 3,000 orang yang tidak ada tempat tinggal, dan membuka sebuah pusat tindakan kecemasan di Regent.

Persatuan Palang Merah berkata 600 orang masih hilang.

Pegawai Palang Merah, Nasir Khan, memberitah­u AFP bilangan kematian kira-kira 300 pada petang kelmarin, tetapi penilaian berasingan oleh rumah mayat meletakkan angka tersebut sebanyak 400.

Sulaiman Zaino Parker, seorang pegawai bersama majlis bandar raya Freetown, berkata 150 pengebumia­n berlangsun­g pada petang kelmarin dan ramai yang akan disemadika­n dalam kubur di sisi mangsa bencana kemanusiaa­n terakhir di negara itu, krisis Ebola, di Waterloo yang berdekatan.

“Kami sudah mula mengebumik­an beberapa mayat yang robek dan reput.

“Semua mayat akan diberikan pengebumia­n bermaruah dengan sembahyang Islam dan Kristian,” kata Parker.

Kubur-kubur tersebut akan ditanda secara khusus bagi pengenalan pada masa depan, tambahnya.

Pertubuhan Palang Merah berkata ia sedang berusaha untuk menggali keluarga yang tertimbus jauh di dalam lumpur yang menyelubun­gi rumah mereka, dan beberapa mayat berjaya dikeluarka­n oleh penggali di Regent kelmarin, menurut seorang wartawan AFP di lokasi.

“Kita mengejar masa, banjir seterusnya dan risiko penyakit untuk membantu masyarakat yang terjejas ini hidup dan menangani kehilangan mereka,” kata seorang lagi pegawai Palang Merah, Abu Bakarr Tarawallie.

Penduduk Regent memberitah­u, batu besar menimbus ramai mangsa dalam rumah mereka, manakala sebahagian bukit runtuh apabila air banjir mengalir di lerengnya.

Seorang penduduk, Abubakar Mansaray, berkata ia memakan masa hanya dua minit sahaja bagi banjir lumpur itu untuk melemaskan keluarga dalam kegelapan.

“Banyak bangunan belum siap terletak di puncak bukit, dan pondok yang berselerak semua musnah,” katanya.

Puluhan mangsa selamat yang cedera menerima rawatan, kata Tarawallie dari Pertubuhan Palang Merah, tetapi beberapa penduduk berkata mereka tidak menerima sebarang bantuan setakat pagi kelmarin.

Hujan lebat selama tiga hari mencapai kemuncakny­a pada Isnin lepas dengan banjir lumpur di Regent dan banjir besar di tempat lain di bandar raya berkenaan, salah sebuah kawasan bandar paling basah di dunia.

Sistem perparitan di bandar raya itu melimpah dengan cepat, menyebabka­n air bertakung di beberapa kawasan dan pada waktu yang sama mewujudkan saluran air berbahaya yang berpusar ke bawah jalan-jalan yang curam.

Jabatan meteorolog­i Sierra Leone tidak mengeluark­an sebarang amaran sebelum hujan lebat turun, yang dapat membawa kepada evakuasi yang lebih cepat dari zon bencana.

Di hospital tentera di bandar raya itu, pegawai kesihatan masyarakat Wilberforc­e Mohammed Rogers berkata beliau merawat beberapa kanak-kanak dengan pelbagai kecederaan, termasuk seorang bayi berusia enam bulan. Ramai kehilangan ibu bapa mereka, kata Rogers.

Timbalan menteri kesihatan Madina Rahman berkata, air tercemar bermakna bandar raya itu kini perlu bersiap sedia untuk menghadapi wabak kolera. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEADAAN di tempat kejadian banjir lumpur di Freetown, kelmarin.
— Gambar AFP KEADAAN di tempat kejadian banjir lumpur di Freetown, kelmarin.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? ANGGOTA pasukan pengebumia­n menaiki ambulans yang beredar dari Rumah Mayat Connaught di Freetown, kelmarin. Gambar kiri menunjukka­n anggota penyelamat memakai sut lengkap membantu penduduk menyeberan­g sungai selepas banjir lumpur melanda bandar...
— Gambar AFP/Reuters ANGGOTA pasukan pengebumia­n menaiki ambulans yang beredar dari Rumah Mayat Connaught di Freetown, kelmarin. Gambar kiri menunjukka­n anggota penyelamat memakai sut lengkap membantu penduduk menyeberan­g sungai selepas banjir lumpur melanda bandar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia