Utusan Borneo (Sabah)

Tugu Lincoln rosak disembur cat

-

WASHINGTON: Pelaku binasa merosakkan Tugu Peringatan Lincoln di Washington dengan satu pesanan lucah yang diconteng dengan cat semburan merah, kata Jabatan Taman Negara kelmarin.

Contengan pada salah satu tiang besar di monumen berkenaan yang diabadikan kepada presiden yang mati dibunuh, Abraham Lincoln, yang mengetuai usaha untuk memansuhka­n perhambaan di Amerika Syarikat (AS), disedari pada awal pagi kelmarin.

Mesej itu sukar untuk difahami daripada gambar yang diberikan oleh jabatan taman, tetapi agensi kerajaan berkata ia dipercayai mengutuk undang-undang.

Tulisan lain yang tidak dapat dibaca dalam cat semburan perak telah dijumpai pada sebuah peta muzium Smithsonia­n di Constituti­on Avenue, yang menelusuri National Mall.

Kru menggunaka­n penanggal cat ala gel yang istimewa dan ringan untuk membersihk­an tugu kepada presiden AS ke-16, yang tersergam tinggi di atas satu hujung National Mall di ibu negara AS, kata jabatan.

Beberapa rawatan diperlukan untuk menang-galkan semua grafiti tersebut dan dikhuatiri menjejaska­n permukaan marmar yang telah diconteng.

Polis Taman AS sedang menyiasat insiden itu, yang bukan pertama seumpamany­a pada tahun ini di monumen yang banyak di Washington.

Februari lalu, tugu-tugu peringatan Lincoln dan Perang Dunia Kedua, selain Monumen Washington yang tersergam tinggi, dirosakkan dengan mesej pelik termasuk ungkapan ‘Jackie tembak JFK (Presiden John F. Kennedy)’, menurut laporan media tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia