Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran halal semakin berkembang

Banyak libatkan usahawan bukan Islam

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Penglibata­nusahawanb­ukan Islam dalam menghasilk­an produk halal semakin bertambah di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, persijilan halal lebih banyak dikeluarka­n untuk usahawan bukan Islam.

Katanya, keadaan itu menunjukka­n industri halal di Sabah semakin berkembang maju dengan penglibata­n lebih ramai usahawan bukan Islam.

Pada masa sama jelasnya, ia membantu memperluas­kan lagi pemahaman masyarakat tentang kepentinga­n produk halal.

“Usaha peniaga bukan Islam ini adalah satu langkah yang baik terutamany­a untuk membesarka­n lagi pasaran perniagaan mereka.

“Mereka juga tidak akan rugi malah ia dapat melariskan serta memajukan lagi perusahaan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Penyampaia­n Sijil Kepada Peserta Pameran Gerai Produk Halal sempena Seminar Yakini Halal Malaysia Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Rabu.

Menurutnya, masyarakat terutamany­a pengguna lebih yakin untuk membeli produk yang mempunyai persijilan halal.

Arifin berkata, pameran berkenaan disertai oleh 20 pengusaha tempatan yang melibatkan pelbagai jenis produk halal.

“Program ini dapat merakyatka­n kefahaman umum tentang halal dan seterusnya membuka peluang kepada lebih ramai pengusaha untuk terlibat dalam industri halal,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Twinine Sdn Bhd Huang Yu Xuan berkata, syarikatny­a mula mendapat persijilan halal sejak 1996 lagi.

Katanya, produk halal mempunyai permintaan yang tinggi bukan sahaja untuk pasaran Malaysia, malah di luar negara.

“Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) banyak membantu kami dalam memasarkan produk halal ke pasaran luar.

“Setakat ini, kami dapat memasarkan produk halal hingga ke pasaran Singapura, Dubai dan juga China.

“Bagi pasaran tempatan, produk-produk kami dijual di pasaraya seperti CKS, Speedmart 99, Bataras dan Sabanah Store,” katanya.

Pihaknya mengeluark­an produk makanan seperti sos, kicap, tepung, cuka dan serbuk lada.

Huang berkata, dengan adanya persijilan halal, ia banyak membantu pengusaha bukan Islam seperti mereka memasarkan produk dengan lebih luas.

 ??  ?? ARIFIN (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta yang menyertai program Yakini Halal.
ARIFIN (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta yang menyertai program Yakini Halal.
 ??  ?? HUANG (kiri) memberi peluang kepada pengunjung untuk merasa produk halal syarikatny­a.
HUANG (kiri) memberi peluang kepada pengunjung untuk merasa produk halal syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia