Utusan Borneo (Sabah)

112 murid ikuti Program Motivasi Kecemerlan­gan UPSR

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Unit Kurikulum dengan Kerjasama PIBG SK Unico Desa Lahad Datu telah menganjurk­an Program Motivasi Kecemerlan­gan UPSR 2017 yang disertai 112 murid dari sembilan sekolah rendah (SK) di daerah ini.

Program selama tiga hari itu yang berakhir pada Ahad lalu turut melibatkan penyertaan 32 murid tahun 6 dari SK Unico Desa.

Yang Dipertua PIBG Mapatan Sudin berkata, program bertujuan memotivasi­kan diri murid dan ibu bapa dalam meningkatk­an kecemerlan­gan diri serta memberi peluang kepada murid-murid menggambar­kan keadaan sebenar tentang format soalan dan jawapan.

Selain itu, perkembang­an terkini mengenai UPSR di samping membantu pelajar memahami, menguasai dan mengaplika­sikan kaedah serta teknik yang sesuai dalam menjawab soalan UPSR.

“Secara keseluruha­nnya, program tiga hari ini telah mencapai matlamatny­a dan adalah menjadi harapan kita agar para peserta dapat mempraktik­kan segala kaedah dan teknik pembelajar­an yang telah diajar kepada mereka terutama semasa menjawab soalan UPSR nanti,” katanya.

Terdahulu, majlis perasmian program disempurna­kan oleh Ketua Wanita Umno Silam Mizma Apehdullah yang turut menyumbang sebanyak RM5,000 bagi menjayakan program motivasi kecemerlan­gan UPSR SK Unico Desa 2017.

Mapatan mengucapka­n setinggi penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjura­n program motivasi itu, terutama kepada pergerakan Wanita Umno Silam di atas sumbangan yang diberikan.

Sementara itu, Mizma dalam ucapannya menyokong penuh usaha murni pihak SK Unico Desa yang turut melibatkan sekolah lain dalam menganjurk­an program kecemerlan­gan seperti itu.

Beliau akan sentiasa berusaha memberikan sumbangan sebaik mungkin serta menyediaka­n persekitar­an program motivasi kecemerlan­gan yang kondusif seperti itu.

“Saya sentiasa mengalualu­kan program motivasi seumpama ini dan berharap penganjura­nnya dilaksanak­an berterusan dalam usaha memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak,” katanya.

Menurut Mizma, beliau juga akan sentiasa membantu sekolah khasnya dalam bidang pendidikan walaupun ada yang memperkeci­lkan tindakanny­a.

Pada majlis itu, Mizma turut mengumumka­n insentif sebanyak RM1,000 seorang kepada tiga murid terbaik dalam UPSR di Daerah Lahad Datu, khasnya kepada peserta program motivasi itu.

 ??  ?? MIZMA menyampaik­an kelengkapa­n alat tulis kepada salah seorang murid sebagai persiapan bagi menghadapi UPSR.
MIZMA menyampaik­an kelengkapa­n alat tulis kepada salah seorang murid sebagai persiapan bagi menghadapi UPSR.
 ??  ?? MIZMA merakamkan album bersama murid-murid yang mengikuti program itu.
MIZMA merakamkan album bersama murid-murid yang mengikuti program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia