Utusan Borneo (Sabah)

Kelulusan permohonan sijil halal lebih cepat

Memperkasa persijilan halal di Malaysia

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Proses kelulusan permohonan sijil halal yang kini lebih cepat dengan pelaksanaa­n inisiatif baharu yang diperkenal­kan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilihat akan mempermuda­hkan lagi penggiat industri di negeri ini untuk memperoleh persijilan halal.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pelaksanaa­n ‘Inisiatif Segera Pensijilan Halal’ yang diperkenal­kan pada Jun lalu membolehka­n pembaharua­n sijil dan permohonan produk tidak berasaskan daging diluluskan dalam tempoh tiga hari berbanding tempoh sebulan mengikut proses terdahulu.

Dengan pelaksanaa­n inisiatif baharu itu, pemegang sijil halal di negeri ini juga dilihat akan turut bertambah.

“Setakat Ogos, terdapat 224 syarikat yang memperoleh persijilan halal dengan 73 daripadany­a adalah syarikat bumiputera.

“Dari jumlah itu, 35 syarikat daripada industri kecil manakala 27 lagi daripada industri kecil dan sederhana (IKS),” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh Pengarah Jakim cawangan Sabah Mat Radzi Mat Ali semasa Program Advokasi Ilmu ‘Memperkasa­kan Intergriti Industri Halal’, di sini pada Rabu.

Program itu disertai kirakira 73 orang yang terdiri daripada penggiat industri pemakanan di negeri ini.

Menurutnya, melalui pelaksanaa­n inisiatif baharu itu, permohonan sijil halal dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori kritikal, yang merangkumi permohonan sijil rumah sembelih dan premis makanan baharu serta produk berasaskan daging.

Kategori kedua adalah kategori tidak kritikal yang melibatkan pembaharua­n sijil dan permohonan produk tidak berasaskan daging.

Sirajuddin berkata, pengenalan ‘Inisiatif Segera Pensijilan Halal’ itu dilakukan bagi menangani tiga isu utama yang dihadapi iaitu kesukaran mendapatka­n sijil halal Malaysia; rungutan tentang kos pengurusan yang tinggi serta kelewatan Jakim memproses permohonan sedia ada.

Disebabkan faktor sebegitula­h inisiatif itu diperkenal­kan. Ia bagi mempercepa­t dan memperkasa proses pengeluara­n Sijil Pengesahan Halal Malaysia di seluruh negara.

Sementara itu, ketika ditanya tentang cabaran industri halal di Sabah, Mat Radzi berkata tahap kesedaran yang masih rendah tentang proses mendapatka­n sijil halal antara cabaran yang dihadapi.

“Masih ramai penggiat industri yang tidak faham tentang cara permohonan sijil halal. Mereka tidak tahu di mana hendak memohon dan bagaimana cara untuk memohon.

“Atas sebab itu, Jakim mengambil pendekatan untuk mengadakan program untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang persijilan halal ini. Ini termasukla­h Program ‘Memperkasa­kan Intergriti Industri Halal’ yang diadakan buat pertama kalinya di Sabah” katanya.

Menurutnya di peringkat negeri, Jakim bekerjasam­a dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains)untukmenge­luarkan persijilan halal.

Dalam pada itu, beliau juga menyaranka­n orang ramai yang mempunyai keraguan tentang status halal sesuatu produk supaya melayari laman web Jakim bagi menyemak status kod bar sesuatu produk.

“Apa-apa pun, saya sarankan kepada orang ramai supaya memberi keutamaan kepada barangan yang mempunyai sijil halal Jakim,” jelasnya.

Secara keseluruha­nnya, Malaysia mengiktira­f produk yang mempunyai persijilan halal daripada 60 perbadanan seluruh dunia.

 ??  ?? RADZI (enam kiri) bersama Dekan Fakulti Sains Makanan & Pemakanan UMS Prof Dr Sharifudin Md Shaarani (tujuh kiri) serta peserta yang mengikuti Program Advokasi Ilmu ‘Memperkasa­kan Intergriti Industri Halal.
RADZI (enam kiri) bersama Dekan Fakulti Sains Makanan & Pemakanan UMS Prof Dr Sharifudin Md Shaarani (tujuh kiri) serta peserta yang mengikuti Program Advokasi Ilmu ‘Memperkasa­kan Intergriti Industri Halal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia