Utusan Borneo (Sabah)

‘Pertama’ album sulung Kombo RTM Muatkan 10 lagu instrument­al ciptaan Matlan Sukudat

-

K

OMBO RTM Sabah mencipta sejarah apabila mengeluark­an album sulung bertajuk ‘Pertama’ yang memuatkan 10 lagu instrument­al.

Menurut Ketua Kombo RTM Sabah Matlan Sukudat, album itu adalah yang pertama sejak penubuhan kombo itu pada tahun 1975.

“Album ini juga adalah yang pertama dihasilkan bagi Kombo RTM negeri-negeri di seluruh Malaysia dan ini adalah satu peningkata­n bagi kami.

“Kesemua lagu adalah hasil ciptaan dan susunan muzik oleh saya sendiri dan dimainkan sepenuhnya oleh 15 orang ahli Kombo RTM Sabah,” katanya yang ditemui selepas Majlis Pelancaran album itu di Kompleks Bersepadu KKMM, pagi Rabu.

Katanya, mereka memulakan proses rakaman pada tahun 2015 dan mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan­nya.

“Produksi ambil masa dua tahun dan siap pada tahun 2016 tetapi pelancaran dibuat pada tahun ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal.

“Kalau ada yang berminat untuk mendapatka­n album ini mereka boleh menghubung­i kami melalui akaun Facebook Kombo RTM Sabah,” jelasnya.

Matlan turut berharap album itu boleh dijadikan sumber inspirasi kepada golongan belia terutama yang aktif dalam bidang muzik atau yang mengikuti latihan muzik secara formal.

Beliau berkata, Kombo RTM Sabah sedang merancang mengeluark­an album khas untuk lagu-lagu rakyat negeri ini disertai dengan nyanyian dalam setiap lagu yang akan dirakamkan nanti.

Sepuluh lagu yang terkandung dalam album itu adalah Pertama, Force of Nature, Beres, Doa, Be Strong, Damai, Simpang Mengayau In Blue, Kaamatan 7 pagi, Bunian dan Selamanya Cinta.

Pada majlis yang sama, turut dilancarka­n Aplikasi Mudah Alih RTM Sabah untuk memudahkan para pendengar mengakses stesen radio RTM seluruh Sabah.

Penerbit Rancangan RTM Sabah Lin Wunfu Silas berkata, aplikasi itu menggabung­kan semua stesen radio dan memudahkan para pendengar berinterak­si dengan juruhebah radio RTM Sabah.

Pihaknya dengan dibantu pelajar praktikal dari Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak mengambil masa selama tiga minggu untuk menyiapkan aplikasi itu dan para pendengar radio RTM Sabah boleh memuat turun aplikasi itu melalui Google Play Store.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi berharap dengan lahirnya album sulung Kombo RTM Sabah itu akan menarik minat lebih masyarakat luar untuk meminati dan mendengar Kombo RTM Sabah.

“Ini adalah sejarah buat Kombo RTM Sabah dan diharap Kombo ini boleh melahirkan bakat baharu di samping tidak melupakan artis lama yang masih memberi sokongan kepada Kombo RTM Sabah,” katanya.

Menyentuh aplikasi Mudah Alih RTM Sabah, beliau berkata lebih ramai peminat radio RTM Sabah boleh mengikuti siaran stesen itu walaupun berada di luar Sabah.

“Kami boleh memperluas siaran program-program terbitan RTM Sabah bagi memudahkan penyampaia­n mesej serta dasar-dasar kerajaan kepada rakyat,” ujarnya.

Majlis Pelancaran Album Pertama Kombo RTM Sabah dan Aplikasi Mudah Alih RTM Sabah disempurna­kan oleh Pengarah Penyiaran Sabah Ali Ngasio.

 ??  ?? ALI (kiri) memetik gitar sebagai gimik pelancaran Album Pertama Kombo RTM Sabah sambil diperhatik­an Matlan (tengah) dan Malinaziah (kanan).
ALI (kiri) memetik gitar sebagai gimik pelancaran Album Pertama Kombo RTM Sabah sambil diperhatik­an Matlan (tengah) dan Malinaziah (kanan).
 ??  ?? Ali melancarka­n Aplikasi Mudah Alih RTM Sabah.
Ali melancarka­n Aplikasi Mudah Alih RTM Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia