Utusan Borneo (Sabah)

16 sekolah di Sarawak terjejas banjir

Belum ada sekolah jadi pusat pemindahan setakat petang Selasa

-

KUCHING: Sebanyak 16 sekolah di Sarawak terjejas banjir susulan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari lepas.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanap­un tidak ada sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara setakat 4 petang Selasa.

“Keadaan hujan yang agak lebat menyebabka­n banjir kilat berlaku. Keadaan masih lagi terkawal, namun pihak sekolah telah diingatkan agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga,” kata kenyataan JPBN pada Selasa.

Jabatan Pendidikan Negeri melaporkan jumlah sekolah ditutup masih kekal tiga di Sebauh, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu, SK Kuala Sigu dan SK Bukit Balai, menjejaska­n 444 orang murid.

Sekolah-sekolah lain yang terjejas dinaiki air namun masih beroperasi adalah SK Sungai Genaan, SK Bukit Mawang, SK Kuala Binyo, masing-masing di Sebauh, selain SK Long Bemang dan SK Long Panai di Baram.

Turut terjejas adalah SK Nanga Balingiau dan SK Ulu Bawan di Kanowit, SK Ukong di Limbang, SK Sg Seputi di Miri, SK Merapok, serta tiga sekolah rendah di Kapit, SK Temenggong Koh, SK Lepong Balleh, dan SK Nanga Sempili.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di jalan menuju ke SK Sungai Tau, Selangau pada Ahad lepas, namun jalan masih boleh dilalui kenderaan sehingga kini.

Insiden jambatan runtuh turut dilaporkan berlaku pada Jambatan Mejat, di Hulu Mukah akibat arus deras dan struktur kayu itu menghubung­kan tujuh buah rumah panjang iaitu Rh Sebeli, Rh Pengarah, Rh Jani, Rh Uban, Rh Empawok, Rh Angga, dan Rh Lunchong.

Pemantauan kawasan berisiko banjir turut dilakukan di Rh Untam, Kerangan Ara di Baleh, Kapit.

“Air telah naik melimpahi bahagian ruai rumah panjang 29 pintu dan setakat ini, penghuni berpindah di tingkat satu,” katanya.

Sekretaria­t JPBN turut menerima laporan status aras sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, di mana aras amaran dikeluarka­n di Jalan Bintulu-Belaga, Lembangan Kemena dan Long Panai, LembanganB­aram,manakala selebihnya, Bazar Durin di Lembangan Rajang, Gaat B di Lembangan Rajang, Kapit, Sungai Salim B di Lembangan Rajang, Salim, Rumah Along di Lembangan Kemena, Bintulu serta Tubau,LembanganK­emena, Bintulu masing-masing pada aras waspada.

 ??  ?? GURU SK Kuala Sigu terpaksa menggunaka­n perahu bagi bergerak ke sekitar kawasan sekolah ekoran dinaiki air.
GURU SK Kuala Sigu terpaksa menggunaka­n perahu bagi bergerak ke sekitar kawasan sekolah ekoran dinaiki air.
 ??  ?? PARAS air sungai di SK Ukong, Limbang (seberang sungai) masih dalam terkawal.
PARAS air sungai di SK Ukong, Limbang (seberang sungai) masih dalam terkawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia