Utusan Borneo (Sabah)

93 saintis dan penyelidik berlepas ke Banjaran Tama Abu

-

MIRI: Seramai 93 saintis dan penyelidik menyertai Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2017 Heart of Borneo (HoB) berlepas dari sini kelmarin menuju ke tapak ekspedisi di kawasan Banjaran Tama Abu, Baram bermula 13 hingga 27 Ogos ini.

Pasukan saintis dan penyelidik itu diketuai Datuk Profesor Emeritus Dr Mohamed Abdul Majid menuju ke lokasi Long Labid, Raan Ngela dan Long Aar di Miri.

Semua peserta dilepaskan oleh Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad di hadapan sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

“Seramai 93 saintis dan penyelidik pelbagai institut kerajaan, universiti dan NGO dari seluruh negara selain United Kingdom, Australia, China, Denmark dan Brunei mengambil bahagian pada ekspedisi ini,” katanya.

Berbanding Ekspedisi Saintifik Long Banga diadakan tahun lalu, jumlah peserta ekspedisit­ahuninimen­yaksikan peningkata­n sekali gus menunjukka­n minat saintis dan penyelidik antarabang­sa terhadap kepentinga­n dan keunikan yang terdapat di hutan semula jadi negeri ini.

Menurut Sapuan, Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2017 bertujuan mengesahka­n kewujudan badak sumbu dan ‘temadau’ atau nama saintifikn­ya, Bos Javanicus, iaitu kerbau liar yang dilaporkan wujud di beberapa lokasi sukar ditemui di kawasan banjaran Tama Abu.

“Selain itu, ia juga bertujuan mendokumen­tasikan pelbagai hidupan liar, penemuan baharu terhadap fauna dan flora untuk menilai keperluan masa depan bagi usaha-usaha pemulihara­an di kawasan HoB ini,” jelas beliau.

Di samping itu, beliau menegaskan ekspedisi itu mewujudkan kesedaran mengenai kepentinga­n pemulihara­an dan menganjurk­an acara menginspir­asi penyertaan masyarakat tempatan dalam pemulihara­an flora dan fauna.

Selain mengkaji impaknya terhadap pelanconga­n di Banjaran Tama Abu, meningkatk­an pemulihara­an serta melakukan kajian sistematik mengenai sosiologi dan antropolog­i suku-suku tempatan.

Tapak ekspedisi terletak kirakira 130km, 11 jam perjalanan dari Miri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) melalui jalan-jalan pembalakan dan hutan menuju ke lokasi tersebut.

Katanya, JHS mula mengenal pasti tapak dan penyediaan­nya di Banjaran Tama Abu, awal tahun ini.

“Masyarakat sekitar di Long Peluan dan Long Beruang turut terlibat dalam ekspedisi ini membantu menjayakan misi pasukan itu mengkaji kepelbagai­an fauna dan flora, tanah, air, geologi, masyarakat setempat,sejarahser­taarkeolog­i dan produk ekopelanco­ngan yang boleh dihasilkan,” jelas beliau.

 ??  ?? SAPUAN (empat kanan) melepaskan peserta Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2017 di Miri kelmarin, menuju ke tapak penyelidik­an di Banjaran Tama Abu, kira-kira 11 jam perjalanan dari Miri
SAPUAN (empat kanan) melepaskan peserta Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2017 di Miri kelmarin, menuju ke tapak penyelidik­an di Banjaran Tama Abu, kira-kira 11 jam perjalanan dari Miri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia