Utusan Borneo (Sabah)

Kerja penurapan Jalan Miri-Marudi lancar

-

KUCHING: CMS Roads Sdn Bhd(CMSRoads)mengesahka­n kerja-kerja bagi mencapai komitmen menurap jalan sepanjang 15.95 kilometer (km) dari Miri ke Marudi untuk Regata Baram, dari penanda 0km hingga penanda 15.95km berjalan lancar, malah lebih awal daripada yang dijadualka­n.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bahagian Pembinaan dan Penyelengg­araan Jalan CMS Lim Jit Law berkata, projek yang mencabar itu dianggarka­n mengambil masa 30bulanunt­ukdisiapka­nnamun pihaknya memberi tumpuan menyiapkan­nya sebelum Regata Baram bermula.

“Penurapan jalan raya sepanjang 15.95 kilometer yang akan memudahkan Regata Baram adalah satu keutamaan. Kami komited memastikan ia siap tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lim berkata, pengguna jalan raya perlu sedar bahawa niat untuk menurap hampir 16km adalah untuk memastikan perjalanan yang lancar, di mana ia dapat dicapai dengan meletak dan memampatka­n asas jalan raya.

Menurutnya, sehingga kini CMS Roads meletakkan asas jalan sepanjang 15.96km dan dengan semua faktor teknikal lain dipertimba­ngkan, jumlah panjang jalan raya untuk perjalanan lancar kini berada pada 17.225km.

Pracampura­n telah diletakkan sehingga penanda KM 10.64 dan dijadual diteruskan sehingga 22 Ogos, tambahnya.

Jika pihaknya tidak dapat menurap 15.95km pertama berikutan cuaca tidak menentu atau faktor lain - permukaan jalan untuk perjalanan lancar katanya, telah pun melebihi anggaran 16km bagi memberi peserta ketenangan fikiran.

“Terdapat salah tanggapan bahawa kerja membina jalan raya sepanjang 43.2km MiriMarudi boleh berlaku dengan cepat dan mudah. Kami berharap perkara itu berlaku tetapi kami mempunyai kekangan.

“Ia tidak berlaku kerana jalan yang dicadangka­n berbezabez­a, dari bukit-bukit yang curam hingga kawasan tanah rendah berpaya dan mudah banjir.

“Dalam kebanyakan kes, kecerunan bukit tidak memenuhi kriteria jalan yang selamat sementara tanah paya berada di bawah paras banjir,” katanya.

Jelasnya, dalam kedua-dua keadaan itu, kecerunan bukit perlu dikurangka­n ke tahap dipatuhi manakala kawasan berpaya perlu ditimbus dan dinaikkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia