Utusan Borneo (Sabah)

Semarak Bulan Kebangsaan 250 pelajar Kolej Komuniti berarak bawa bendera

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kira-kira 250 pelajar Kolej Komuniti di sini berarak membawa bendera sejauh 2 kilometer sempena pelancaran Program Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat kolej itu pada Rabu.

Kumpulan pelajar yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Samsur Nongkang telah berarak melalui Jalan Labuk, Batu 7 ke Bulatan Helang sebelum berpatah balik ke kolej berkenaan.

Terdahulu, Pegawai Penerangan Bahagian Sandakan Zulhanin Hasni menyempurn­akan acara pelepasan di perkaranga­n Kolej Komuniti di Bandar Labuk Jaya kira-kira jam 8 pagi.

Sementara, majlis pelancaran sambutan itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Libaran Saapilin Md Yassin yang mewakili Ahli Parlimen Libaran.

Dalam ucapannya, beliau berkata tema sambutan Hari Kemerdekaa­n pada tahun ini iaitu ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ telah memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat cintakan negara dalam hati segenap lapisan rakyat Malaysia.

Katanya, generasi muda sebagai aset penting negara harus menghayati kemerdekaa­n kerana ia bukan sekadar bebas dari penjajahan secara fizikal semata-mata, tetapi perlu sentiasa berwaspada dengan menghindar­i pengaruh negatif serta amalan merosakkan negara.

Jelasnya, setiap warganegar­a dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan tanggungja­wab masing-masing dan begitu juga pemimpin masyarakat serta rakyat jelata.

Zulhanin berkata, sebagai pelajaryan­gdiberikem­udahan lengkap untuk menuntut ilmu, mereka perlu bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita demi menyumbang kepada pembanguna­n negara di masa akan datang.

“Kehadiran kita semua bukan saja mewarnai program tetapi sebagai permulaan untuk sama-sama melahirkan rasa bangga menjadi warganegar­a Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelahba­hagi. “Ia bukan sekadar laungan merdeka tetapi amat penting untukmemah­ami,menghayati dan menterjema­hkannya dalam kehidupan harian itu lebih bermakna serta memerdekak­an diri daripada perkara negatif dan tidak baik,” katanya.

Beberapa aktiviti menarik turut memeriahka­n sambutan bulan kebangsaan peringkat Kolej Komuniti itu termasuk persembaha­n koir pelajar dari setiap kelas, berpidato dan menyanyi lagu patriotik secara beramai-ramai.

 ??  ?? WARGA Kolej Komuniti dan Jabatan Penerangan mengibarka­n bendera bagi menyemarak­kan Program Bulan Kebangsaan peringkat kolej itu.
WARGA Kolej Komuniti dan Jabatan Penerangan mengibarka­n bendera bagi menyemarak­kan Program Bulan Kebangsaan peringkat kolej itu.
 ??  ?? KUMPULAN pelajar Kolej Komuniti memulakan perarakan membawa bendera sempena Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.
KUMPULAN pelajar Kolej Komuniti memulakan perarakan membawa bendera sempena Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia