Utusan Borneo (Sabah)

Enam lelaki termasuk dua warga asing disyaki pengedar dadah dicekup di Sibu

-

KUCHING: Kegiatan penyalahgu­naan dadah terus dibanteras dengan enam lagi lelaki termasuk dua warga asing disyaki pengedar dadah ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Bukit Penyau, Sibu awal pagi Selasa.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, keenam-enam suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 47 tahun itu ditangkap anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sekitar jam 1.21 pagi.

Menurutnya, turut dirampas ialah dadah jenis syabu seberat 212.4 gram yang dianggarka­n bernilai RM38,232.

“Adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan aktiviti penyalahgu­naan dadah dapat dibendung di negeri ini dan pagi tadi (semalam) kita berjaya menangkap enam lelaki iaitu empat warga tempatan dan dua warga asing dalam satu serbuan di Ulu Lanang, Sibu.

“Hasil tangkapan tersebut, kita berjaya merampas 212.4 gram dadah jenis syabu dianggarka­n bernilai RM35,232.

“Selain itu, kita turut merampas wang tunai kira-kira RM59,000 dan menyita tiga kenderaan dengan nilai mencecah RM496,600,” katanya pada sidang media semasa lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Selasa.

Amer berkata, kesemua suspek direman selama lima hari bermula semalam hingga 20 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementarai­tu,satulagisi­ndiketpeng­edaran dadah yang didalangi rakyat asing berjaya ditumpaska­n oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Bintulu kelmarin.

Menurut Amer, dalam serbuan sekitar jam 3 petang Isnin lepas, dua lelaki warga asing berusia 20 dan 23 tahun ditangkap dan 53.2 gram syabu dianggarka­n bernilai RM57,000 dirampas.

“Kedua-dua suspek direman bermula hari ini (semalam) hingga 28 Ogos (14 hari) untuk siasatan lanjut,” katanya yang turut memberitah­u suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Amer turut menegaskan bahawa operasi membantera­s kegiatan pengedaran dadah akan terus dipergiatk­an dan memohon kerjasama daripada orang ramai agar menyalurka­n maklumat kepada pihak polis.

“Gejala dadah di sini (Sarawak) tidak serius, tetapi adalah menjadi tanggungja­wab kita membendung masalah ini dan terdapat juga laporan serta rungutan daripada ketua-ketua kampung mengatakan anak buah mereka tidak bekerja sebab pengaruh dadah,” katanya.

Selain itu, Amer memberitah­u pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung tangkapan enam anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor yang ditangkap baru-baru ini selepas dipercayai memeras ugut dua ahli perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia