Utusan Borneo (Sabah)

Complex FC menang besar

Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017

-

LABUAN:PasukanCom­plex FC menang besar 6-1 ke atas pasukan The Cops dalam aksi Kumpulan E Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Labuan pada Ahad.

Penyerang bahaya mereka, Asmaan Kassim menjaringk­an dua gol masing-masing pada minit ke-20 dan ke-28.

Dua lagi gol dijaringka­n Omar Ali Dullah pada minit ke-31 dan selang tujuh minit kemudian Mohd Edwan Issham menambah jaringan keempat Complex untuk mendahului lawan 4-0 pada separuh masa pertama.

Gol kelima hadir pada minit ke-73 menerusi Irwan Sinan manakala Parend Fookmin terus meranapkan impian The Cops dengan jaringan keenam pada masa tambahan separuh masa kedua.

The Cops memperoleh­i gol saguhati menerusi Ramzuan Rajalin pada minit ke-54.

Sementara itu, Penolong Pengurus Complex FC, Ezie Osman nyata gembira dengan kemenangan itu cuma dari segi kecergasan sahaja yang memisahkan di antara keduadua pasukan.

“Syukur Alhamdulil­lah, Complex berjaya memenangi perlawanan pertama itu dengan jaringan yang besar. Saya berharap pemain akan meneruskan rentak kemenangan pada aksi kedua nanti,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E di Padang Kolej Matrikulas­i Labuan, pasukan Gaps FC mengatasi Horsehill 2-0.

Gaps FC bernasib baik memperoleh­i kedua-dua gol pada minit-minit akhir babak kedua menerusi Mohd Razi Lamat pada minit ke-85 dan Fauzi Johari pada minit ke-90.

Sebanyak 32 pasukan menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017 merebut Piala Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang dianjurkan Kelab Sukan JKR Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Persatuan Bola Sepak Labuan (Lafa).

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM5,000, manakala naib johan RM3,000 dan ketiga RM1,000.

 ??  ?? GAPS FC EZIE OSMAN
GAPS FC EZIE OSMAN
 ??  ?? COMPLEX FC
COMPLEX FC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia