Utusan Borneo (Sabah)

200 murid hadiri Bengkel Teknik Menjawab UPSR

-

HAMPIR

200 murid Sekolah Kebangsaan Kampung Simunul, Semporna telah menghadiri Bengkel Teknik Menjawab UPSR selama empat hari yang dianjurkan oleh Unit Kecemerlan­gan SK Kampung Simunul.

Bengkel yang diadakan pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Isnin itu adalah bagi memberikan ilmu pengetahua­n kepada muridmurid yang akan menduduki peperiksaa­n UPSR termasuk teknik-teknik menjawab ujian berkenaan.

Seramai empat guru yang berkemahir­an tinggi dari sekitar daerah ini telah berkesempa­tan mencurahka­n ilmu dan pengalaman bagi membantu murid-murid agar mampu mencapai kecemerlan­gan.

Mereka ialah Cikgu Mohamad Faiz Mohamad bagi mata pelajaran Sains, Cikgu Awang Nurazmi Nordin (Matematik), Cikgu Azman Salleh (Bahasa Inggeris) dan Cikgu Azman Sah Syed Ali (Bahasa Melayu).

Menurut Guru Besar SK Kg Simunul Mohd Sattah Abd Rashid, tujuan bengkel adalah bagi memberikan kemudahan serta kefahaman yang terbaik kepada semua murid di sekolah itu agar dapat mencapai kejayaan yang terbaik dan berkeyakin­an apabila menduduki UPSR 2017 nanti.

Katanya, harapan pihak sekolah kepada semua murid di sekolah berkenaan dapat memahami teknik-teknik yang telah diajarkan supaya memudahkan mereka menjawab semua soalan UPSR kelak.

Salah seorang guru yang bertugas di SK Simunul, Cikgu Dyg Roziawaty Kifli melahirkan kesyukuran kerana kesemua murid yang menghadiri bengkel itu berpuas hati dengan tekniktekn­ik yang telah diberikan dan semestinya mereka akan menggunaka­n ilmu yang telah diperolehi itu dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, selain bengkel teknik menjawab soalan UPSR, pihak sekolah juga telah mengadakan ‘Star Light’ (kelas tambahan malam) pada setiap Selasa dan Rabu, jam 7.30- 9.00 malam, khusus untuk 100 pelajar sasaran lulus penuh.

Turut diadakan Guru Kecil (mentor mente setiap Sabtu) dan Kelas Tambahan Berfokus (setiap hari selepas waktu persekolah­an).

Sattah berkata pihak sekolah telah berusaha untuk membantu calon mendapat keputusan yang cemerlang namun ianya tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan kerja keras murid itu sendiri.

Malah, beliau juga yakin sokongan padu dan suntikan daripada ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam merealisas­ikan hasrat mendapatka­n keputusan terbaik dalam UPSR 2017.

 ??  ?? PARA penceramah dan guru SK Kg Simunul bergambar kenangan bersama murid yang mengikuti bengkel. Berdiri hadapan, dari kiri: Cikgu Adrian Martin, Cikgu Masnie Momen, Cikgu Noorlela Yussof, Cikgu Dyg Roziawaty Kifli, Cikgu Rohina Yulo, Cikgu Azman Shah,...
PARA penceramah dan guru SK Kg Simunul bergambar kenangan bersama murid yang mengikuti bengkel. Berdiri hadapan, dari kiri: Cikgu Adrian Martin, Cikgu Masnie Momen, Cikgu Noorlela Yussof, Cikgu Dyg Roziawaty Kifli, Cikgu Rohina Yulo, Cikgu Azman Shah,...
 ??  ?? SATTAH (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Azman Shah salah seorang penceramah bengkel.
SATTAH (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Azman Shah salah seorang penceramah bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia