Utusan Borneo (Sabah)

CICN UMS, UNICEF jayakan Bengkel C4D

-

UNIVERSITI

Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN) dengan kerjasama United Nation Children Emergency Fund (UNICEF) telah mengadakan Bengkel Communicat­ion for Developmen­t (C4D) di Galeri Majlis UMS.

Timbalan Pengarah CICN Prof Madya Dr Sivakumar Kumaresan berkata, program itu bertujuan membantu kakitangan UMS dan rakan kerjasama universiti untuk meningkatk­an keupayaan dalam sebarang aktiviti bersama komuniti serta memperoleh cara penyelesai­an yang mampan apabila berkhidmat dengan masyarakat.

“UMS juga berhasrat untuk bekerja lebih rapat dengan masyarakat melalui penglibata­n agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Justeru, bengkel ini bukan sahaja mampu memberi peluang kepada peserta untuk mempelajar­i metodologi baharu, tetapi juga mewujudkan jalinan baharu untuk pelbagai kerjasama pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan pada majlis berkenaan pada Selasa.

Sivakumar berkata, sebagaiman­a yang digariskan dalam Bidang Keberhasil­an Utama UMS ke-6 (UMS KRA6), iaitu Mempergiat Penglibata­n Komuniti dan Industri, adalah menjadi tanggungja­wab CICN untuk memastikan KRA itu tercapai.

“Oleh itu, CICN telah menyelaras­kan pelbagai geran berkaitan komuniti seperti Program Pemindahan Pengetahua­n (KTP), geran Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), dan geran Pusat Transforma­si Masyarakat Universiti (UCTC) untuk tujuan itu,” katanya.

Bengkel yang disertai seramai 30 orang eserta itu berlangsun­g selama lima hari dan akan berakhir pada 18 Ogos ini.

 ??  ?? PENGARAH Eksekutif Asia-Pacific Developmen­t and Communicat­ion Centre Dr Peter F Chen, antara yang mengendali­kan bengkel itu.
PENGARAH Eksekutif Asia-Pacific Developmen­t and Communicat­ion Centre Dr Peter F Chen, antara yang mengendali­kan bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia