Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut dilanggar lari

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari apabila mangsa tertidur di tepi jalan di Kilometer 2, Jalan RanauTambu­nan, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi itu, mangsa Jupiri Kuding, 53, beralamat di Kampung Suminimpod parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah ketika mengesahka­n kejadian berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengatakan ada seorang lelaki terbaring di tepi jalan raya dan tidak sedarkan diri.

“Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa adalah seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang sering dilihat berlegar-legar di Pekan Ranau.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dalam pengaruh alkohol merujuk kepada penemuan satu tin minuman keras yang belum dibuka di sisi mangsa,” jelasnya.

Menurut beliau, kemungkina­n pemandu kenderaan yang terlibat dalam kes langgar lari itu tidak melihat mangsa memandangk­an kawasan berkenaan gelap.

Katanya, tiada saksi yang melihat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Farhan meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menghubung­i Insp Benjamin Annau A/k Kalom di talian 0135463269 untuk membantu siasatan.

 ??  ?? MOHD.FARHAN
MOHD.FARHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia