Utusan Borneo (Sabah)

Cederakan mangsa: Lelaki warga asing dipenjara dan sebat

Cederakan mangsa dengan menyerang guna kayu

-

SANDAKAN: Gara-gara wang RM50, seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan menjatuhka­n hukuman itu ke atas Shamsul Abd Sakul, 27, kerana mencederak­an pengadu di kawasan kilang di Kilometer 63, Jalan Sandakan - Lahad Datu kira-kira jam 3 petang pada 31 Julai lepas.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh bersama tiga lelaki datang ke kilang itu untuk berjumpa dengan pengadu. Tujuan tertuduh datang adalah untuk meminta semula wang RM50 yang diberikan kepada pengadu sebagai wang pendahulua­n pembelian alat ganti motosikal.

Pengadu kemudian meminta memberi masa sehingga dia habis kerja, bagaimanap­un tertuduh secara tiba-tiba telah menyerang pengadu dengan menggunaka­n kayu.

Kejadian itu telah menyebabka­n pengadu cedera di bahagian kepala, rusuk kiri dan kedua belah kaki.

Tertuduh kemudian ditangkap sepasukan anggota polis pada hari yang sama. Turut dirampas, kayu beruti berukuran 1”x2”x24” yang digunakan tertuduh untuk memukul pengadu.

Atas kesalahan itu, Shamsul didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga tempoh 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

“Berdasarka­n fakta kes, tertuduh bersama tiga lelaki datang ke kilang itu untuk berjumpa dengan pengadu. Tujuan tertuduh datang adalah untuk meminta semula wang RM50 yang diberikan kepada pengadu sebagai wang pendahulua­n pembelian alat ganti motosikal.

 ??  ?? Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA
Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia