Utusan Borneo (Sabah)

16 bekas guru dari Semenanjun­g kunjungi SMK Tamparuli

-

TAMPARULI: Selepas lebih 30 tahun, 16 guru dari Semenanjun­g yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli mengunjung­i sekolah itu sambil bertemu bekas pelajar mereka, pada Rabu.

Sebahagian besar guru terbabit yang sudah bersara daripada perkhidmat­an, mengajar di sekolah itu sekitar 1975 hingga 1988, sebelum pulang ke negeri masing-masing di Semenanjun­g.

Ketua rombongan bekas guru, Ismail Pawanteh berkata lawatan itu bertujuan mengeratka­n hubungan antara bekas guru dan pelajar SMK Tamparuli, yang terpisah lebih 30 tahun.

“Selepas lebih 30 tahun meninggalk­an SMK Tamparuli,kamibekasg­uru pernah menambur bakti sebagai pendidik di sekolah ini, kembali mengunjung­i sekolah mencatat sejarah kepada kami dalam bidang pendidikan.

“Selain ingin melihat pembanguna­n berlaku, kunjungan kami sedikit sebanyak mengubat rindu serta mengembali­kan kenangan selama berada di sekolah itu,” katanya pada Majlis Carian Kasih Bekas Guru dan Pelajar SMK Tamparuli.

Beliau berkata, lebih menggembir­akan apabila rombongan bekas guru disambut mesra beberapa bekas pelajar pernah menerima didikan mereka selama berkhidmat di situ.

“Kami tidak menduga ramai bekas pelajar SMK Tamparuli pernah menerima didikan kami, ingin berjumpa dan tidak pernah lupa terhadap kami walaupun sudah sekian lama terpisah,” katanya.

Ismail berkata, kunjungan ke SMK Tamparuli tercetus hasil buah fikiran bekas guru sekolah itu, Manan Juhari, beberapa bulan lalu, sebelum menjadi kenyataan.

 ??  ?? BEKAS guru dan pelajar SMK Tamparuli dari 1980-1985 bergambar kenangan sempena lawatan ke SMK Tamparuli.
BEKAS guru dan pelajar SMK Tamparuli dari 1980-1985 bergambar kenangan sempena lawatan ke SMK Tamparuli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia