Utusan Borneo (Sabah)

Aset ATM lambang pertahanan

Battle Honour ‘Daulat Feb 2013’ penghargaa­n bermakna buat anggota ATM

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BUKAN mudah untuk dianugerah­kan Battle Honour

‘Daulat Feb 2013’, saya bersyukur dan bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang penerima lambang kemegahan ini selepas kami menjayakan Op Daulat 2013 di Lahad Datu.”

Begitulah semangat yang ditunjukka­n salah seorang penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) Leftenan Kolonel Fazrul Azwan Mustafa sebaik menerima pingat pada Perbarisan Penganuger­ahan Battle Honour ‘Daulat Feb 2013’ yang pertama kali diadakan di Kota Kinabalu.

Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata beliau bukan sahaja teruja menerima pingat malahan berbangga kerana diberi pengiktira­fan dalam tugasnya.

“Saya mewakili semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu untuk berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang mengiktira­f tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memberikan khidmat apabila diperlukan.

“Dengan adanya pengiktira­fan berharga sebegini, kami berbangga menjalanka­n tugas mempertaha­nkan kedaulatan negara untuk kesenangan generasi akan datang,” katanya.

Tambahnya, kebanggaan itu akan disematkan di dalam dirinya bagi memastikan tugas yang dipertangg­ungjawab dapat dilaksanak­an dengan amanah dan berdedikas­i sesuai dengan harapan jutaan rakyat Malaysia kepada ATM.

“Sokongan moral yang berterusan daripada rakyat Malaysia khususnya Sabah sepanjang kejadian hitam di Kampung Tanduo memberi kesan yang sangat positif kepada perjuangan kami.

“Pengiktira­fan terhadap khidmat dan bakti kami ini juga adalah perkara paling bermakna bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi buat semua warga ATM dalam usaha mempertaha­nkan kedaulatan negara,” katanya.

Kapten Suhaili Mahasan yang baharu berumur 27 tahun semasa kejadian berkata, perasaan cemas dan takut sepanjang kejadian terbayar dengan penganuger­ahan penuh bermakna itu.

“Kami dapat buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa perajurit muda seperti kami mampu untuk berjuang mempertaha­nkan negara dan semangat seperti ini dapat diteruskan jika ada ancaman luar pada masa akan datang dan kembali menabur bakti tanpa raguragu,” katanya.

Beliau berkata pengiktira­fan terhadap perkhidmat­an warga ATM yang berat sebaiknya tidak hanya dihargai melalui pemberian penganuger­ahan daripada Kerajaan Malaysia malahan rakyat negara ini juga perlu menghargai­nya.

“Pendapat saya, rakyat Malaysia wajar untuk mengucapka­n ‘terima kasih di atas perkhidmat­an anda’ secara terbuka sepertiman­a yang sudah diamalkan oleh rakyat negara barat yang mengucapka­n ‘Thank You For Your Service’ kepada anggota tentera mereka.

“Peranan rakyat dalam memberikan sokongan moral adalah sangat berkesan dalam psikologi tentera kita bagi memastikan kejayaan pasukan ini menumpaska­n musuh negara,” katanya. Sementara itu, Utusan

Borneo sempat menemui beberapa pengunjung semasa pameran aset dan senjata ATM yang digunakan semasa Op Daulat pada Februari 2013 bagi menangani pengganas dari negara luar.

Amirah Sudiman, 24, berkata beliau dan rakannya teruja sebaik melihat pelbagai aset tentera yang jarang dilihat di luar lebihlebih lagi apabila aset terbabit pernah digunakan dalam kejadian bersejarah negara.

“Saya bertuah menghadiri pameran ini kerana dapat menyentuh dan meneliti pelbagai jenis senjata serta kenderaan tentera yang hanya dilihat di kaca televisyen sahaja.

“Pengalaman mendekati pelbagai peralatan ketenteraa­n ini banyak memberikan pengetahua­n baharu kepada kami berikutan terdapat namanama khas yang didedahkan kepada kami yang tidak diketahui oleh ramai,” katanya.

Selepas didedahkan mengenai ilmu itu, sedikit sebanyak menimbulka­n minatnya memasuki bidang ketenteraa­n yang bukan sahaja satu kerjaya yang membanggak­an malahan ia juga satu pekerjaan mulia yang membantu rakyat Malaysia sendiri.

Salah seorang pengunjung, Mohd Saidi Ibrahim berkata walaupun berasal dari Lahad Datu, beliau belum berpeluang melihat kenderaan serta peralatan yang digunakan sepanjang kejadian di daerahnya sendiri.

Katanya kenderaan terbabit adalah kereta perisai AV Lipan Bara, Condor 8X8, AV 8 Gempita dan MIFV K200 A1 serta pelbagai senjata termasuk meriam 105 MM, Mortar 81MM M8, GPMG 7.62 MM, LMG 5.56 MM, Mortar 60MM, RPG 7, Sniper Rifle 7.62 dan Barrett 12.7.

“Selain peralatan, saya juga berpeluang melihat persembaha­n daripada pasukan Tentera Darat (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lebihlebih lagi persembaha­n demonstras­i semasa berlakunya konflik penceroboh­an.

“Saya juga dapat memahami peranan anggota ATM yang pelbagai termasukla­h pertempura­n, bantuan tempur, elemen perkhidmat­an yang membantu menjayakan setiap operasi ATM di medan tempur,” katanya.

Selain pameran kenderaan serta aset ATM, pameran turut menyediaka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan dan pergigian secara percuma serta pameran kerjaya yang boleh membuka peluang kepada rakyat Sabah menyertai ATM.

 ??  ?? SALAH sebuah kenderaan AV4 Lipan Bara milim ATM yang turut dibawa ke medan penceroboh­an Kampung Tanduo 2013. KENDERAAN pembawa anggota berperisai Condor APC ke kawasan medan perang.
SALAH sebuah kenderaan AV4 Lipan Bara milim ATM yang turut dibawa ke medan penceroboh­an Kampung Tanduo 2013. KENDERAAN pembawa anggota berperisai Condor APC ke kawasan medan perang.
 ??  ?? (Gambar atas) ORANG awam meneliti peralatan ATM. (Gambar kanan) PENGUNJUNG dari pelbagai latarbelak­ang hadir memeriahka­n pameran Perbarisan Penganuger­ahan Battle Honour ‘Daulat Feb 2013’ di Padang Merdeka.
(Gambar atas) ORANG awam meneliti peralatan ATM. (Gambar kanan) PENGUNJUNG dari pelbagai latarbelak­ang hadir memeriahka­n pameran Perbarisan Penganuger­ahan Battle Honour ‘Daulat Feb 2013’ di Padang Merdeka.
 ??  ??
 ??  ?? SALAH satu aset TLDM yang dipamerkan kepada orang ramai.
SALAH satu aset TLDM yang dipamerkan kepada orang ramai.
 ??  ?? AMINAH dan rakannya sempat merakamkan gambar kenangan di bahagain Optronik Infantri.
AMINAH dan rakannya sempat merakamkan gambar kenangan di bahagain Optronik Infantri.
 ??  ?? SALAH seorang anggota ATM membantu pengunjung mengendali­kan senjata ATM.
SALAH seorang anggota ATM membantu pengunjung mengendali­kan senjata ATM.
 ??  ?? PENGUNJUNG melihat kegunaan kereta perisai pada papan nota yang disediakan.
PENGUNJUNG melihat kegunaan kereta perisai pada papan nota yang disediakan.
 ??  ?? SUHAILI
SUHAILI
 ??  ?? FAZRUL
FAZRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia