Utusan Borneo (Sabah)

AADK aktifkan komuniti tingkat kesedaran bahaya dadah

- Oleh AMIR ANUAR

AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil inisiatif mengaktifk­an komuniti dengan mendekati golongan sasar menerusi penganjura­n program sembang santai.

Pegawai AADK Tawau Abd Ghani Keruput berkata, objektif program itu mengaktifk­an komuniti menerusi usaha kumpulan penggerak dalam meningkatk­an kesedaran bahaya dadah.

“Termasukla­h perancanga­n dan pelaksanaa­n program serta aktiviti pencegahan yang melibatkan tumpuan dalam proses penyelesai­an isu atau masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penganjura­n program itu di Merotai Besar, di Tawau pada Selasa, yang dihadiri pemimpin setempat dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Pelajar terlibat mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengambil jurusan Special Program For Alcohol And Drug Abuse (SPADA) di IPT berkenaan.

“Penglibata­n aktif ahli komuniti menjadi indikator asas menjayakan sesuatu program, justeru penglibata­n mereka boleh memastikan perubahan dapat dicapai,” katanya.

Abd Ghani berkata, penglibata­n komuniti dipengaruh­i sokongan rakan sebaya, siri perjumpaan yang menyakinka­n ahli serta mendengar pandangan dan keperluan mereka.

Antara ciri-ciri positif yang diterapkan termasukla­h komuniti berhubung secara personal dengan ahli dan menjadikan isu sesuatu yang menarik minat.

“Kita juga membina situasi yang boleh meningkatk­an kemahuan ahli melakukan sesuatu untuk komuniti, membina perasaan kebergunaa­n dan kepunyaan,” katanya. Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu.

 ??  ?? PARA peserta program merakamkan gambar bersama Hamisa dan Abd Ghani.
PARA peserta program merakamkan gambar bersama Hamisa dan Abd Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia