Utusan Borneo (Sabah)

Suburkan semangat cintakan negara

Saranan Nasrun kepada rakyat demi kelangsung­an pembanguna­n

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mengajak rakyat untuk terus menyuburka­n semangat cintakan negara demi kelangsung­an pembanguna­n, kemakmuran dan keamanan negara di masa akan datang.

Menurutnya, semangat cintakan negara perlu dipupuk dari masa ke masa agar ia terus membuahkan amalan nilainilai murni dalam kalangan generasi muda yang akan membawa pembanguna­n negara terus maju.

“Apabilakit­acintakann­egara kita akan mempertaha­nkan negara ini daripada sebarang bentukanca­mandanpenj­ajahan serta akan memperjuan­gkan pembanguna­n negara demi masa depan negara yang maju,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Seminar Cinta Negara di Pusat Latihan Islam Lahad Datu, di sini pada Ahad.

Dalam ucapannya, Nasrun mengingatk­an rakyat terutama golongan muda agar tidak mudah terpengaru­h dengan hebahan media sosial.

Katanya, tidak dinafikan perkembang­an teknologi telah memberi manfaat yang dimanfaatk­an demi kemajuan namun perlu berhati-hati dengan sebaran maklumat yang negatif.

“Kita jangan keliru dengan maklumat yang kita terima di media sosial, kita perlu bijak menilainya dengan membuat rujukan kepada pihak yang berkenaan atau memaklumka­nnya dengan pihak berkuasa sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman melalui detik cemas tragedi berdarah Tanduo perlu diambil iktibar agar masa depan generasi akan datang terus makmur aman damai.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Momen Angchai berkata, masyarakat perlu menzahirka­n penghargaa­n yang tinggi kepada negara melalui terjemahan dan cara tersendiri.

“Kita adalah warganegar­a yang bertuah kerana kita tidak menghadapi cabaran memerdekak­an negara sebaliknya kita adalah generasi yang meneruskan perjuangan kemerdekaa­n.

“Jadi, saya menyeru kepada peserta, sekembalin­ya dari progrram ini, akan dapat menterjema­hkan pengharaga­an pada kemerdekaa­n ini melalui cara masing-masing agar negara ini terus memiliki jiwa yang cintakan negara serta sanggup berjuang demi negara,” katanya.

Program anjuran Biro Tatanegara dengan kerjasama Komuniti Rukun Tetangga Kampung Mundas itu dihadiri lebih kurang 100 orang.

Selain pengisian ceramah, program itu turut memberi peluang kepada peserta untuk membincang­kan isu-isu pembanguna­n dan keselamata­n setempat.

“Apabila kita cintakan negara kita akan mempertaha­nkan negara ini daripada sebarang bentuk ancaman dan penjajahan serta akan memperjuan­gkan pembanguna­n negara demi masa depan negara yang maju. DATUK DATU NASRUN DATU MANSUR Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

 ??  ?? NASRUN menerima cendera kenangan daripada Saleha.
NASRUN menerima cendera kenangan daripada Saleha.
 ??  ?? NASRUN bersama sebahagian peserta program.
NASRUN bersama sebahagian peserta program.
 ??  ?? NASRUN berucap di majlis itu.
NASRUN berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia