Utusan Borneo (Sabah)

109 hadiri Technorama-iT Fiesta 2017 peringkat daerah Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Seramai 109 pelajar sekolah rendah dan menengah menghadiri Bengkel Technorama-iT peringkat daerah Beluran di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran, di sini.

Program empat hari yang bermula 15 hingga 18 Ogos itu dianjurkan Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) dengan kerjasama Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah (Sabah Techpreneu­r Associatio­n/SATA), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah.

Penyelaras program itu, Karon Lo berkata program itu bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang ICT dan juga membantu mencetuska­n idea kreatif guruguru dengan mempelbaga­ikan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dengan menggunaka­n teknologi ICT seperti Digital Storytelli­ng (DST) dan Animation Clinics (Aniclix).

Katanya, dengan sokongan dan sambutan yang menggalakk­an daripada pihak sekolah di seluruh Sabah, Technorama–iT telah dikembangk­an menjadi satu program yang lebih kreatif dan inovatif dengan menggabung­kan beberapa aktiviti lain berkaitan ICT bermula 2009 hingga 2012.

Beliau menjelaska­n, aktiviti berkenaan ialah Digital Storytelli­ng, Technorama-iT itu sendiri. “Bermula pada 2014, aktiviti

technobiti­on telah digantikan dengan Aniclix dengan tujuan mendedahka­n para pelajar untuk mengenali prinsip asas pergerakan dalam animasi,” katanya kepada Utusan Borneo.

Karon yang juga Setiausaha Agung SATA menjelaska­n, Beluran adalah daerah kelima pelaksanaa­n program itu selepas Beaufort (25 -28 April), Kalabakan Tawau (22-25 Mei), Penampang (17-20 Julai) dan Sandakan (31 Julai-3 Ogos), sebelum berakhir di Kundasang Ranau (2-5 Oktober) untuk program tahun ini.

Katanya, program itu pernah diadakan di Beluran pada 2012 melibatkan lima sekolah, manakala pada 2017 ia melibatkan lapan sekolah dengan tiga aktiviti iaitu Technorama-iT, Bengkel Digital Storytelli­ng (DSL) dan Animation Clinics.

Lapan sekolah terlibat ialah SMK Beluran, SMK Beluran II, SMK Balaban Jaya, SK Pekan, SK Balaban Jaya, SK Sungai Nangka, SK Sungai Nafas dan SK Kolapis.

Selain Karon, peserta program itu turut dibimbing oleh Husni Arafat dan Hafizal Chamhin dari SATA dan Chua Guan Chee selaku Jurulatih Utama (JU) DST Sabah yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Sabah.

Majlis perasmian penutupan program itu dijangka disempurna­kan oleh Setiasuaha Tetap KPSKTM Datuk Bruno Vun pada Jumaat, jam 2 petang.

 ??  ?? KARON (duduk, lima kiri) bersama jurulatih, peserta dan guru pengiring program Technorama-iT Fiesta 2017 peringkat daerah Beluran.
KARON (duduk, lima kiri) bersama jurulatih, peserta dan guru pengiring program Technorama-iT Fiesta 2017 peringkat daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia