Utusan Borneo (Sabah)

Insiden baling batu tentera China, India di Himalaya

-

SRINAGAR: Anggota tentera India dan China bertelagah seketika di sebuah kawasan tanah yang menjadi rebutan di Banjaran Himalaya, kata pegawai semalam, yang memburukka­n lagi ketegangan dalam ketegangan selama berbulan-bulan di antara kedua-dua angkatan tentera.

Anggota tentera China melontar batu ke arah askar India dekat Tasik Pangong, satu tarikan pelancong utama dalam wilayah gunung Ladakh yang indah kelmarin, kata seorang pegawai pertahanan India.

Dia berkata, askar China dua kali cuba memasuki wilayah India tetapi dipaksa berundur.

“Satu insiden kecil berlaku.

“Batu telah dilontar oleh pihak China tetapi situasi berjaya dikawal dengan cepat,” katanya yang enggan dikenali.

Konfrontas­i singkat itu diselesaik­an setelah pihak India dan pihak China berundur ke kedudukan masing-masing, tambahnya.

Polis di negeri Jammu dan Kashmir, utara India, di mana Ladakh terletak, berkata pertelingk­ahan agak biasa berlaku di sepanjang sempadan hakiki dikenali sebagai Garisan Kawalan Sebenar (LAC).

“Perkara ini berlaku setiap musim panas tetapi kejadian ini berlarutan sedikit dan lebih serius tetapi tiada senjata digunakan,” kata sumber polis di Srinagar.

Kawasan Tasik Pangong terletak lebih 4,000 meter tinggi di dataran tinggi Tibet.

Insiden terbaharu berlaku ketika pertikaian sedang berlaku di antara kedua-dua pihak berhubung sebuah dataran tinggi Himalaya yang strategik, ribuan kilometer dari sana di mana ratusan askar India dan China telah bertegang leher dengan satu sama lain selama lebih dua bulan.

Masalah di sempadan bermula Jun lalu apabila askar China mula menyambung jalan menerusi wilayah Doklam – dikenali sebagai ‘Donglang’ dalam bahasa China. Kawasan itu menjadi rebutan di antara China dan Bhutan.

India, sekutu erat Bhutan, kemudian mengerahka­n anggota tentera untuk menghentik­an projek pembinaan itu, yang mendorong Beijing untuk menuduh India menceroboh­i bumi China.

China menyatakan India mesti mengundurk­an tenteranya sebelum sebarang rundingan yang baik dapat diadakan.

India berkata kedua-dua pihak harus sama-sama mengundurk­an tentera mereka.

Dataran tinggi berkenaan amat signifikan dari segi strategi kerana ia memberi akses kepada China kepada apa yang dipanggil ‘leher ayam’, satu genting tanah sempit yang menghubung­i negeri-negeri timur laut India dengan tempat lain di negara itu.

Dua negara jiran yang memiliki senjata nuklear itu pernah perang seketika pada 1962 di negeri Arunachal Pradesh dekat sempadan India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia