Utusan Borneo (Sabah)

Siti Nurhaliza antara tetamu dalam ‘Citra Wanita’ di TV1

-

MEMAPARKAN segalanya tentang wanita, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dengan penonton program majalah wanita mengundang tetamu istimewa dan berjaya dalam bidang masing-masing yang diyakini mampu memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada wanita lain di luar sana yang berdepan dengan pelbagai cabaran berbeza.

Menerusi program bertajuk ‘Citra Wanita’ yang disiarkan mulai 26 Ogos depan, setiap Sabtu, jam 11.05 pagi menerusi saluran TV1, 13 episod program ini dibahagika­n kepada beberapa segmen termasukla­h ikon, fesyen dan gaya, anggun dan sihat, juga dunia wanita.

Memperkena­lkan hos Datin Zuralia Mohamed Yassin, segmen ‘Ikon’ memaparkan temu bual bersama tokoh-tokoh wanita yang berjaya dalam liganya yang tersendiri. Kejayaan mereka pastinya mampu menyumbang inspirasi kepada golongan wanita lain untuk turut sama mengecap kejayaan seperti mereka.

Ikuti temu bual bersama Dato’ Faridah Marican yang menerajui ‘Kuala Lumpur Performing Arts Centre’, Datin Mina Cheah memulakan perniagan The Body Shop 30 tahun yang lalu yang kini dia mempunyai 93 cawangan di seluruh Malaysia, Hanisah yang menyertai kumpulan pendaki Gunung Everest dari Felda, Datuk Paduka Shuhaimi Baba selaku pemilik Pesona Picture, Datuk Dr. Maznah Hamid dalam dunia perniagaan, dan kejayaan Dato Siti Nurhaliza sebagai usahawan kosmetik.

Turut menyusul tokoh wanita berjaya Sharifah Intan yang memilih kerjaya jurufoto, Chef Lisa sebagai pakar kulinari, Farah Dato’ Sulaiman seorang guru tari, personalit­i yang menjalanka­n usaha mengajar bidang pemasaran internet, Alice Yong yang berjaya sebagai pendandan rambut juga Puan Balqis menubuhkan Nur Salam sebuah pusat yang memberi perhatian pendidikan kepada anak-anak gelandanga­n.

Menarik dalam segmen ‘Fesyen dan Gaya’ menampilka­n Hayati Hamzah dengan butiknya, beg berjenama, minat seorang wanita kepada lukisan tembikar, pakaian jenis jubah, koleksi tudung, aksesori wanita, pengunaan kanta lengkap, pelbagai jenis cermin mata sebagai fesyen, kasut bagi wanita berkaki saiz besar, dan pelbagai jenis wangian.

Mengisi segmen ‘Anggun dan Sihat’ pula mengundang personalit­i Ibu Halimah Shuib yang memperkata­kan tentang pemakanan jamu dan nasihat menjaga kesihatan badan bagi wanita. Ada juga perkongsia­n tentang teknik akupuntur, pembedahan plastik kosmetik, hamil palsu, penjagaan mulut, rawatan rambut gugur, keburukan tabiat merokok, senaman yoga, kanak-kanak down syndrome, rawatan gigi menggunaka­n laser, tarian ragaboom, senaman untuk ibu mengandung dan memperkata­kan tentang pendakap gigi.

Kerjaya mencabar diterokai wanita dalam segmen ‘Dunia Wanita’ pula menam-pilkan seorang peninju wanita iaitu Lee I Jin yang mewakili Malaysia ke pertanding­an peringkat antarabang­sa, wanita yang menunggang motosikal besar, wanita bermain sepak takraw, Dayang Ku Farahtiwan memperkata­kan tentang hobinya memandu kereta laju, temu bual dengan penulis cerpen dan skrip drama Siti Jasmina Ibrahim.

Turut diketengah­kan wanita gigih bernama Safiya yang juga pemandu teksi wanita, Saadah pemanah paralimpik OKU, Soleha jurutera mekanikal, Kamilia Kassim yang menjual motorsikal berkuasa besar, Azleena Yussof yang berniaga burger, kerjaya Norlela Ulis sebagai jurusolek kesan khas, pemain rugbi wanita iaitu Lyana Kamaruddin dan Fida yang mengusahak­an kedai kek.

 ??  ?? DATO’ SITI NURHALIZA
DATO’ SITI NURHALIZA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia