Utusan Borneo (Sabah)

31 kes penipuan pakej umrah, haji direkodkan

Kes direkod dalam tempoh tujuh bulan tahun ini membabitka­n kerugian berjumlah RM582,075

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) mendedahka­n bahawa sebanyak 31 kes penipuan pakej umrah dan haji direkodkan dalam tempoh tujuh bulan tahun ini membabitka­n kerugian berjumlah RM582,075.

Setiausaha Bahagian Pelesenan KPKM Alan Abdul Rahim berkata setakat ini, sebanyak 19 kes dikesan di peringkat kementeria­n melibatkan nilai kompaun RM127,500.

“Jika dilihat dari tahun 2012 hingga Julai 2017, KPKM telah mencatat sebanyak 292 aduan dan mengeluark­an kompaunber­nilaiRM513,500 melibatkan 96 kes.

“Dalam tempoh sama, polis telah menerima sebanyak 281 aduan kes penipuan dengan jumlah kerugian lebih RM10, 771, 051,” katanya.

Alan berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Ziarah dan Hak Kepengguna­an Orang Awam 2017 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha.

Manakala kes tuntutan yang telah difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna mencatat sebanyak 3,656 kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM22,615,101.69.

Mengulas lanjut, antara kes penipuan diterima kerana pakej yang ditawarkan tidak lengkapsel­ainmasalah­dengan visa dan tiket penerbanga­n.

Ditanya tentang kes penipuan di Sarawak, Alan berkata setakat ini tiada laporan penipuan pakej umrah dan haji berlaku di negeri ini.

“Di Sarawak, kita tidak ada terima sebarang aduan penipuan setakat ini. Hal ini kerana tahap kesedaran orang ramai terhadap isu penipuan amat tinggi.

“Oleh sebab itu, tidak ada kes penipuan berlaku, kerana mereka (orang awam) telah melakukan pencegahan awal,” katanya.

Alan berkata kementeria­n tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap syarikat agensi pelanconga­n yang melakukan penipuan pakej yang ditawarkan.

Apa yang penting katanya, perlu membuat semakan senarai syarikat berdaftar sebelum membuat sebarang transaksi.

Beliau mendedahka­n bahawa terdapat juga kes yang tidak dilaporkan, malah golongan profesiona­l dan pegawai kerajaan turut menjadi mangsa penipuan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia