Utusan Borneo (Sabah)

PPZ Labuan anjur Gema Zikir Munajat Perdana

-

LABUAN: Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutua­n Labuan telah menganjurk­an program Gema Zikir Munajat Perdana di Dewan Sekolah Antarabang­sa Labuan (LIS).

Majlis yang bermula jam 8 malamitudi­meriahkand­engan kehadiran Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga pengerusi Perbadanan Labuan.

PengurusPP­ZLabuanUst­az Haji Ahmad Sharizal Mohd Saffian berkata, pihaknya mahu memartabat­kan teater muzikal Islam kepada warga Wilayah Persekutua­n Labuan dengan menampilka­n lakonan, alunan zikir dan ceramah agama.

Beliau berharap menerusi program itu, umat Islam dapat memupuk budaya berzikir dan mendapatka­n rezeki terutama makanan daripada sumber yang halal.

Program yang bertemakan ‘Apa yang kau suap pada mulut keluargamu’ itu dikendalik­an penceramah bebas, Ustaz Zul Ramli Mohd Razali dan vokalis Kumpulan Diwani, Ustaz Hasnul Jamal.

Ahmad Sharizal berkata rezeki yang tidak dizakatkan ditakuti haram dimasukkan ke dalam mulut ahli keluarga khususnya anak-anak.

“Apa jua pekerjaan atau pendapatan seharusnya dikeluarka­n zakat bagi memastikan rezeki yang diberikan kepada anak-anak datangnya daripada sumber yang halal,” katanya.

Kira-kira 500 penonton terhibur dengan alunan zikir Ustaz Hasnul, sentuhan qalbu Ustaz Zul Ramli dan sketsa yang memaparkan kehidupan rumahtangg­a yang ketua keluargany­a iaitu bapa tidak membayar zakat perniagaan kepada pusat zakat.

Program itu mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Anak Muda Labuan (Pamula), Jabatan Pendidikan Labuan Dr Sulaiman (Klinik Suria), LIS dan UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Liberty Port Management (LLPM) Dato’ Sri Mohd Alias Abd Rahman, Pengurus MAIWP Labuan Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir dan Ketua Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Labuan Ustaz Mohd Syahir Yusof.

Ahmad Sharizal berkata, pihaknya akan meneruskan program seumpama itu termasuk ceramah, taklimat dan seminar mengenai kepentinga­n membayar zakat kepada umat Islam di Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? AHMAD Sharizal (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil LabuanInte­rnationalS­chool sambil diperhati Rozman (dua kiri) dan Mohd Alias (kanan).
AHMAD Sharizal (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil LabuanInte­rnationalS­chool sambil diperhati Rozman (dua kiri) dan Mohd Alias (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia