Utusan Borneo (Sabah)

Pool Mansau Ansau hampiri sasaran penyertaan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pertanding­an Pool 8-Bola Mansau Ansau 2017 yang akan berlangsun­g di Mansau Ansau Cafe & Lounge, Bundusan Square bermula 21 Ogos kini menghampir­i sasaran 30 penyertaan.

Pengerusi penganjur Joachim Gaban ketika ditemui di Penampang pada Rabu berkata, setakat ini seramai 26 pemain telah mengesahka­n penyertaan pada pertanding­an itu yang diadakan bersempena bulan Kemerdekaa­n.

“Pertanding­an ini akan dijalankan secara Liga Dalam Kumpulan untuk pusingan pertama.

“Johan dan naib johan kumpulan akan melayakkan diri ke perlawanan pusingan kedua yang akan dijalankan secara `kalah-mati’,” jelas beliau.

“Pertadinga­n ini akan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Permainan Billiard 8 Ball setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis sahaja.

“Jadual perlawanan akan dimaklumka­n semasa sesi taklimat para pemain dan undian perlawanan yang akan berlangsun­g pada 19 Ogos bermula 7.00 malam di arena pertanding­an,” tambah Joachim.

Pertanding­an ini menyediaka­n hadiah wang tunai untuk empat permain terbaik termasuk johan yang akan membawa pulang RM500 sambil pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima RM300, RM200 dan RM100.

“Pihak penganjur berharap penganjura­n pertanding­an ini dapat menambah meriahkan lagi sambutan Hari Kemenderka­an dengan memupuk perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan agama menerusi semangat kesukanan,” kata beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut pertanding­an dan penyertaan dengan menghubung­i talian 014-5592262 (Joe) atau 0111955220­0 (Paulus).

 ??  ?? JOACHIM
JOACHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia