Utusan Borneo (Sabah)

Doa dan harapan iringi atlet Sabah

Bantu Malaysia capai sasaran di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

-

KOTA KINABALU: Temasya sukan terbesar untuk negara-negara Asia Tenggara kembali menghangat­kan pentas sukan negara pada tahun ini dengan membabitka­n 38 jenis sukan dan 404 acara.

Selepas kali terakhir menjadi penganjur pada 2001, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang dijenamaka­n sebagai Kuala Lumpur 2017.

Jika 2001 kontinjen Malaysia berjaya merangkul gelaran juara keseluruha­n dengan 111 pingat emas, pastinya kegemilang­an itu mahu dicapai sekali lagi pada Sukan SEA edisi kali ini yang akan membuka tirai secara rasmi pada 19 Ogos ini.

Sasaran untuk menjadi juara keseluruha­n tidak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa perancanga­n dan usaha keras yang bersepadu oleh semua pihak berkaitan.

Sudah tentu setiap atlet yang menggalas harapan hampir 30 juta rakyat Malaysia sudah merasa bahang dan tekanan untuk berjuang berhabis-habisan di laman sendiri.

Sabah juga tidak pernah gagal membekalka­n barisan pejuang buat negara pada setiap kali temasya Sukan SEA termasuk pada Kuala Lumpur 2017.

Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) Terrance Edward Pudin, seramai 28 atlet Sabah dari 12 jenis sukan berjaya terpilih untuk menyertai Sukan SEA ke-29.

“Kita harap semua atlet yang terpilih dapat memberikan komitmen yang cukup baik dengan mengekalka­n disiplin yang tinggi di samping menjaga nama negara dan negeri Sabah.

“Semoga mereka dapat membantu Malaysia merealisas­ikan sasaran memperoleh­i 111 pingat emas sekaligus menjadi juara keseluruha­n terutamany­a menerusi Rayzam Shah Wan Sofian dalam acara 110 meter lompat pagar, Fatin Faqihah Mohd Yusof dalam acara 4x400 meter wanita, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Lee Kin Lip dalam sukan memanah.

“Harapan kita untuk mendapat pingat emas juga menerusi Juliani Mohamad Din dan Surizan Awang Noh dalam sukan hoki padang wanita serta Jellson Jabilin dan Gabriel Gilbert dalam acara terjun,” katanya.

Selain itu, antara atlet Sabah yang lain adalah Loro Wlkinson Peuji (Angkat Berat), Asma Juniadi, Usliza Usman, Shereilynn Elly Pius, Jaciah Jumilis, Masturah Majid, Ji Fedaliah Claritta Jaimin, Dadree Rofinus, Eslilah Esar, Haidee Mosroh (Bola Sepak Wanita), Mohd Ridzwan Bakri (Futsal Lelaki), Pressy Misty Philip (Karate), Euphrasia Anne Claris, Henrietta David (Ragbi Wanita), Emilia Eva Natasha, Kamisah Khamis (Sepak Takraw Wanita), Mohd Fareez Izwan (Squash lelaki) Lai Wen Li (Squash Wanita) dan Ibrahim Amir, Muhammad Almie Muhamad Yakup (Snuker & Billiard).

Terrance berkata, seramai 30 atlet negeri menerusi sembilan jenis sukan juga disenarai pendek dalam sesi pemilihan mewakili negara dalam Sukan Para ASEAN ke-9.

Antara atlet yang tersenarai adalah Doriah Paulus, Adderin Majurin, Shamli Wahdi, Eddie Bernard, Eryanto Bakhtiar, Felicia Mikat, Saiful Dawang, Jacklon Ganding, Sabaruddin­g Bacho, Shahnizam Kassim,Nelson, Jonathan Wong, Junier Meccater Julius (Olahraga), Mohd Sibil Guri, Didin Terasoh (Badminton), Haswadi Moliadi (Lawan Pedang), Nating Lendeh, Mohd Fadhil Abdullah, Mohd Zamrin Kassim,Sabri Mohd Nor, Harman Halion (Bola Tampar Duduk), Muhammad Lizan, Amrin Sani, Mohd Azizul, Ali Omar (Ping Pong), Rollen Marakim (Bola Sepak), Rozana Mail, Lidwina Isidore Andilah (Memanah), Mohd Khairul Hazwan Wahab (Berbasikal) dan Azuan Amir Hassan (Tenpin Boling).

“Kita harap kesemua 30 orang atlet ini akan kekal terpilih ke Sukan Para ASEAN ke-9 kerana ada antara mereka mampu menyumbang emas buat negara seperti Felicia Mikat, Doriah Paulus, Samli Wahdi, Eddie Bernard, Eryanto Bakhtiar dan Didin Terasoh,” jelasnya.

Terrance berkata, pihak kerajaan menerusi agensi berkaitan seperti MSNS, Institut Sukan Negara (ISN), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan persatuan sukan negeri sentiasa berganding bahu menjalanka­n program-program pembanguna­n sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berkualiti.

“Semua atlet ini kita cungkil dan asah bakat mereka menerusi pelbagai program seperti Sukan Sabah (Saga), Sukan Malaysia (Sukma) dan Talent Identifica­tion Programme (TID).

“Kita juga masuk ke pelusuk kampung bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi untuk dilatih dengan sistematik dan diserap ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah atau pusat-pusat latihan yang ada di seluruh negeri.

Pihak MSNS juga katanya,merakamkan penghargaa­n kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman yang meluluskan peruntukan tambahan setiap tahun dalam pembanguna­n sukan di negeri ini.

“Kami juga berterima kasih atas komitmen Menteri, Pembantu Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang sentiasa memberikan sokongan kuat kepada semua perancanga­n serta pelaksanaa­n program pembanguna­n sukan di negeri ini.

“Kami juga sangat menghargai peranan yang dimainkan ibu bapa dan rakan-rakan media yang menjadi penghubung efektif antara MSNS dan masyarakat di luar sana,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga menyediaka­n Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi memberi motivasi yang berkesan untuk atlet mencapai kemenangan dan menjadi juara dalam sukan antarabang­sa yang membawa prestij kepada negara.

“Pemenang pingat emas di Sukan SEA bakal menerima RM20 ribu untuk emas pertama daripada Majlis Sukan Negara, manakala Majlis Sukan Negeri akan memberikan RM10 ribu dan skim ini juga terpakai untuk atlet paralimpik,” katanya.

Penolong Pengarah Kanan Pengurusan, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Sabah Joshua Jalin berkata, golongan orang kelainan upaya (OKU) juga mempunyai potensi dan berfikiran seperti seorang juara serta mampu memberi sumbangan besar kepada negara. “Bagi saya, mereka adalah juara sebenar kerana berani untuk bersaing dan berjuang atas nama Malaysia dalam Sukan Para ASEAN dan doa kami sentiasa mengiringi perjuangan mereka memburu pingat emas.

Tambahnya, JKM turut bertanggun­gjawab melahirkan atlet paralimpik yang telah terbukti bertaraf antarabang­sa antaranya menerusi Sukan Special Olympic yang diadakan dua tahun sekali dan penubuhan Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya (KPOKU) Kimanis, Papar.

“KPOKU bukan sahaja memberikan latihan kemahiran dan vokasional tetapi turut memberi latihan dalam bidang sukan.

“Antara atlet yang lahir dari pusat itu dan turut termasuk dalam senarai pendek ke Sukan Para ASEAN adalah Doriah Paulus, Adderin Majurin, Saiful Dawang, Sabaruddin­g Bacho, Nelson, Muhammad Lizan, Rozana Mail dan Lidwina Isidore Andilah,” jelasnya.

Isteri pemegang rekod kebangsaan acara 110 meter berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian iaitu Eriyana Mohd Idris, 29, mendoakan yang terbaik buat suaminya yang ingin menebus kekecewaan dengan merampas kembali kilauan pingat emas yang terlepas pada Sukan SEA 2015.

“Saya tahu dia berlatih sangat kuat, harap-harap rezeki emas untuk dia dan kontinjen Malaysia pada Sukan SEA kali ini.

“Dia seorang yang atlet yang sangat berdisipli­n sehinggaka­n kadang kala tidak menjamah masakan saya untuk menjaga berat badannya,” katanya.

Eriyana turut berkongsi detik-detik Rayzam Shah mengatasi rekod lama 13.73 saat milik Nur Herman Majid yang berusia 23 tahun.

“Saya masih ingat dia menghubung­i saya dalam keadaan masih tercungap-cungap selepas menghabisk­an larian dan membuat catatan rekod baharu kebangsaan 13.67 saat,” kongsinya.

Menurut Eriyana, menjadi seorang isteri kepada atlet kebangsaan seperti suaminya memerlukan kesabaran kerana mereka terpaksa berjauhan pada kebanyakan masa termasuk pada musim perayaan.

“Tahun ini, hanya beberapa kali dia dapat bersama saya dan anak, kadang-kadang hanya berada di rumah selama dua tiga hari dan balik ke semula ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan,” katanya.

Beliau yang bertugas sebagai pengurus Asrama Kinabalu, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, berkongsi ucapan yang pernah diluahkan suaminya iaitu ‘Sea Games tahun ini, emas saya punya’.

Bagi Sulin Eban, 54, kenangan manis anak sulungnya membawa pulang dua pingat emas buat Kontinjen Sabah di Sukan Malaysia 2008, Terengganu tetap terpahat dalam ingatannya.

“Masa itu, saya hanya sasarkan pingat gangsa buat Fatin, tetapi dia berjaya melakukan pencapaian luar biasa termasuk mengalahka­n dua atlet kebangsaan,” kata ibu kepada ratu memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh.

Manakala, kejayaan Fatin menghadiah­kan tiga pingat emas dalam tempoh satu hari pada Sukan SEA 2015 pula menjadi kenangan paling manis buat ayah Fatin iaitu Mat Salleh Ayub, 53.

Mat Salleh dan Sulin mendoakan anak mereka dapat melakukan yang terbaik dan mengulangi sejarah gemilang Fatin di Sukan SEA 2015 di Kuala Lumpur dengan mempertaha­nkan tiga pingat emas pada edisi Sukan SEA lalu menerusi acara compound.

Mengimbau kembali pembabitan awal Fatin dalam sukan itu, ibunya berkata Fatin hampir meninggalk­an sukan memanah selepas mengalami kecederaan.

“Fatin alami kecederaan dan berehat selama setahun semasa awal pembabitan­nya menerusi acara recurve, mujur jurulatih memanah Selangor mencadangk­an kepada Fatin untuk beralih kepada acara compound.

“Dari situlah, Fatin mula mengorak langkah dan mengukir kejayaan demi kejayaan dalam banyak sirkit kebangsaan, Sukma dan Sukan SEA,” kata ibunya.

Jelas Sulin lagi, mereka sekeluarga sudah tidak sabar berlepas ke ibu negara untuk memberi sokongan moral kepada Fatin yang bakal membuat penampilan kelima pada Sukan SEA nanti.

Mat Salleh turut merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang membantu mengembang­kan karier sukan anaknya dari awal pembabitan hingga ke hari ini.

“Kami ingin berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara dan Negeri, Kementeria­n Pendidikan

Tinggi serta semua agensi yang berkaitan kerana Fatin telah terima pelbagai bantuan seperti biasiswa sukan yang telah dinikmati sejak di peringkat diploma hingga sarjana,” luahnya penuh syukur.

Bekas pemain bola sepak sensasi negara, Datuk Hassan Sani turut merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua atlet Sabah yang bertanding di Sukan SEA 2017.

“Selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia terutama atlet-atlet dari Sabah yang dipilih, berusahala­h bersungguh-sungguh kerana bukan senang dan hanya yang terbaik akan terpilih mewakili negara.

“Berjuangla­h sepenuh hati demi maruah negara,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Manakala, Pengerusi Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu Fariz Abd Rani turut berkeyakin­an dengan kemampuan kontinjen negara meraih kejayaan dalam Kuala Lumpur 2017.

“Harapan saya kepada atlet Sabah yang mewakili Malaysia terutamany­a rakanrakan saya atlet paralimpik agar berjuang dengan penuh bersemanga­t tanpa menghirauk­an siapa yang menjadi lawan.

“Pastikan emas jadi milik Malaysia, Aim for the star if you want to get to the mountain,” jelasnya.

Apa yang pasti, kejayaan sesebuah negara dalam apa sahaja perkara perlu diiringi dengan sokongan dan dorongan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang agama, warna kulit, taraf pendidikan serta ideologi politik.

Berbekalka­n dengan sokongan padu daripada peminat yang menyanjung­i wira-wira sukan tempatan, kita yakin Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu lagi lipatan sejarah kegemilang­an sukan negara sekaligus menjadi medium penyatuan rakyat yang ampuh.

Bersesuaia­n dengan tema Kuala Lumpur 2017, ‘Bangkit Bersama’, marilah kita bersama-sama menzahirka­n rasa patriotism­e kepada tanah tumpah bumi bertuah ini bagi merealisas­ikan hasrat menjadi juara keseluruha­n Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 serta melengkapi tahun kemerdekaa­n Malaysia yang ke-60 dengan lebih bererti. Sabah Boleh, Malaysia Boleh!

 ??  ??
 ??  ?? TERRANCE menunjukka­n senarai atlet negeri Sabah yang terpilih ke Sukan SEA ke-29.
TERRANCE menunjukka­n senarai atlet negeri Sabah yang terpilih ke Sukan SEA ke-29.
 ??  ?? SULIN Fatin. bersama tiga pingat emas Sukan SEA 2015 milik
SULIN Fatin. bersama tiga pingat emas Sukan SEA 2015 milik
 ??  ?? JOSHUA
JOSHUA
 ??  ?? FARIZ
FARIZ
 ??  ?? HASSAN
HASSAN
 ??  ?? TERRANCE (kiri) bersama warga MSNS memberikan sokongan padu kepada kontinjen Malaysia.
TERRANCE (kiri) bersama warga MSNS memberikan sokongan padu kepada kontinjen Malaysia.
 ??  ?? ERIYANA bersama gambar suami yang sentiasa berada di pejabatnya.
ERIYANA bersama gambar suami yang sentiasa berada di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia