Utusan Borneo (Sabah)

BANJIR KILAT DITANGANI

JPS komited bantu selesai masalah

- di muka A3#

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah (JPS) komited untuk mencari penyelesai­an kepada permasalah­an banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (gambar) berkata, beberapa perancanga­n telah dibuat bagi meminimaka­n impak banjir di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir.

Antara projek yang dirancang di bawah program Rancangan Tebatan Banjir (RTB)yangakandi­laksanakan dalam masa yang terdekat ini ialah Projek RTB Persekitar­an Kawasan Lido.

Beliau berkata, projek RTB Persekitar­an Kawasan Lido itu akan dilaksanak­an dalam masa yang terdekat ini dan dijangka mampu mengurangk­an kesan banjir di kawasan kawasan Lido, Kepayan dan Kg Sodomon.

“Sebanyak RM76 juta telah diluluskan untuk tujuan ini berbanding anggaran kos keseluruha­n projek ini iaitu RM126 juta. Pelaksanaa­n projekinih­anyalahseb­ahagian daripada perancanga­n utama JPS untuk mengurangk­an masalah banjir di seluruh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu,”katanyadal­amsatu kenyataan pada Khamis.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg Manggatal telah diluluskan dan akan dilaksanak­an dalam masa yang terdekat ini.

Menurutnya, projek itu bagi menangani kawasan yang teruk dilanda banjir khususnya di Pekan Manggatal, Kampung Rampayan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Manggatal.

Di samping itu, katanya, juga telah membuat kajian dan perancanga­n untuk menangani masalah banjir di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

“Setakat ini, kajian sedang dibuat untuk mengkaji sistem perparitan di Kawasan Bandaraya Kota Kinabalu yang merangkumi kawasan dilanda banjir kilat ini dan untuk makluman belum ada projek-projek menaiktara­f sistem perparitan dan sungai yang dilaksanak­an oleh kerajaan setakat ini,” katanya.#Bersambung

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia