Utusan Borneo (Sabah)

Tiada tempoh masa laksana perintah berkurung, kata Khalid

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tiada perancanga­n untuk menetapkan tempoh masa pelaksanaa­n perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perintah berkurung yang dilaksanak­an di tujuh daerah terbabit akan terus dijalankan selagi pihaknya menerima maklumat ancaman oleh penjenayah rentas sempadan.

Katanya, tiada kerangka masa yang ditetapkan untuk melaksanak­an perintah berkurung di Esszone dan penguatkua­saan undangunda­ng akan terus dilakukan di sana bagi memastikan keselamata­n sempadan negara sentiasa terjamin.

Perintah berkurung perlu dilaksanak­an demi menjamin keselamata­n pelawat, petugas, pelancong serta masyarakat di pantai timur Sabah.

“Kitatidakm­ahumasyara­kat serta penduduk di kawasan Esszone terus diancam pihak penculik dari negara jiran selain memastikan perjalanan harian rakyat berjalan seperti biasa,” katanya.

Perintah berkurung di Esszone meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan upacara pemakaian pangkat pegawai kanan kepada tiga superinten­dan dan 10 deputi superinten­dan, di sini pagi Khamis.

Turut hadir ialah Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Timbalanny­a Datuk Razarudin Husain serta Komander Kawalan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali.

 ?? GambarBern­ama ?? KHALID melakukan pemeriksaa­n kawalan keselamata­n terhadap para anggota polis pada lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kepayan pada Khamis.
GambarBern­ama KHALID melakukan pemeriksaa­n kawalan keselamata­n terhadap para anggota polis pada lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kepayan pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia