Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bimbang, Jalan Ranau Bypass Batu 3 akan putus

Jalan Ranau Bypass Batu 3 akan putus pada bila-bila

-

KOTA BELUD: Kira-kira 3,800 penduduk di dua perkampung­an Kg Pirasan dan Kg Rangalau meluahkan kebimbanga­n mereka mengenai keselamata­n penggunaJa­lanRanauBy­pass di Batu 3 yang akan putus pada bila-bila masa sahaja sekiranya tiada tindakan segera pihak berkuasa.

Ketua Kampung Pirasan Haji Duyok Haji Tahir @Yuk Fa yang mewakili 3,000 penduduk Kg Pirasan melahirkan kebimbanga­n mengenai keadaan jalan raya di Batu 3, antara Kg Pirasan dan Kg Rangalau, yang akan runtuh sekiranya berlaku banjir kilat pada bila-bila masa sahaja.

Beliau yang juga bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya mohon jangan hanya meletakkan tanda ‘Tanah Runtuh’ atau ‘Berbahaya’, tetapi biarlah ada tindakan memperbaik­i segera sebelum jalan raya itu akan memutuskan hubungan pengguna yang tinggal di Mukim Kadamaian.

“Saya juga ingin mencadangk­an agar pihak berkenaan atau kerajaan tempatan meluluskan peruntukan kilat untuk memperbaik­i jalan raya ini, sebelum terjadi perkara yang tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Rangalu Mijulan Malujin berkata demi kebaikan dan kesejahter­aan semua pengguna jalan raya khususnya masyarakat Kota Belud, perlu ada tindakan segera daripada pihak berkenaan.

Katanya, Jalan Ranau Bypass itu adalah jalan utama bagi 800 penduduk di Kampung Rangalau untuk melakukan tugas rutin di pelbagai pejabat bagi pekerja perkhidmat­anawamdans­wasta serta laluan memasarkan hasil tani bagi mereka yang berniaga dan para pelajar di SMK Arshad setiap hari.

Sekiranya tiada tindakan segera daripada pihak berkenaan untuk memperbaik­i jalan raya itu, besar kemungkina­n keadaan akan lebih teruk lagi berbanding sekarang di mana masih boleh lagi dilalui oleh kenderaan berat dan kecil.

“Saya berpendapa­t untuk mengatasi banjir kilat yang merosakan tebing Sungai Tempasuk, setiap yang menjadi sasaran arus air sungai itu haruslah ditambatka­n dengan kapasiti simen yang kuat di samping pendalaman sungai juga harus dilakukan,” katanya.

“Jangan

hanya meletakkan tanda ‘Tanah Runtuh’ atau ‘Berbahaya’, tetapi biarlah ada tindakan memperbaik­i segera sebelum jalan rayaituaka­nmemutuska­nhubunganp­engguna

Kadamaian.” yang tinggal di Mukim HAJI DUYOK HAJI TAHIR @YUK FA Ketua Kampung Pirasan

 ??  ??
 ??  ?? MIJULAN
MIJULAN
 ??  ?? YUK FA
YUK FA
 ??  ?? TEBING Sungai Tempasuk di Jalan Ranau Bypss Batu 3 sepanjang 200 meter perlu ditambatka­n.
TEBING Sungai Tempasuk di Jalan Ranau Bypss Batu 3 sepanjang 200 meter perlu ditambatka­n.
 ??  ?? YUK Fa (kanan) dan Mijulan (kiri) menunjukka­n tebing Jalan Ranau Bypass di Batu 3 yang perlu ditambat segera.
YUK Fa (kanan) dan Mijulan (kiri) menunjukka­n tebing Jalan Ranau Bypass di Batu 3 yang perlu ditambat segera.
 ??  ?? JALAN Ranau Bypass di Batu 3 dijangka akan putus akibat banjir kilat pada bilabila masa sahaja.
JALAN Ranau Bypass di Batu 3 dijangka akan putus akibat banjir kilat pada bilabila masa sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia