Utusan Borneo (Sabah)

Ops Ikrar: 19 tukang urut ditahan Jabatan Imigresen Tawau

Menerusi Ops Ikrar oleh Jabatan Imigresen Tawau

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Sebuah pusat refleksolo­gi dikejutkan dengan kehadiran sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen Tawau dalam Ops Ikrar yang dijalankan di kawasan Takada, malam Rabu.

Sewaktu serbuan dijalankan, seramai 19 tukang urut wanita warga asing berumur lingkungan­20-30tahundit­ahan dalam operasi yang disertai 30 anggota imigresen.

Ketua Imigresen Tawau Noraini Hj Rasi yang turut mengetuai operasi itu berkata, kumpulan wanita terbabit bukan sahaja menawarkan perkhidmat­an refleksolo­gi malahan menyediaka­n perkhidmat­an seks berdasarka­n penemuan kondom yang bersepah di kawasan itu.

Menurutnya, kumpulan wanita terbabit terdiri daripada enam warga Thailand, 12 Filipina dan seorang warga Indonesia.

Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Di samping itu, katanya, seramai 50 orang telah diperiksa terdiri daripada 21 lelaki dan 29 wanita dalam operasi itu yang turut tertumpu di kawasan kelab malam serta premis berhampira­n.

“Turut ditahan dalam operasi ini ialah enam lelaki yang mana, tiga daripadany­a merupakan majikan yang akan disiasat mengikut Seksyen 55(B) Akta Imigresen,” katanya.

Kumpulan wanita terbabit bukan sahaja menawarkan perkhidmat­an refleksolo­gi malahan menyediaka­n perkhidmat­an seks berdasarka­n penemuan kondom yang bersepah di kawasan itu. NORAINI HJ RASI Ketua Imigresen Tawau

 ??  ?? ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam operasi itu.
ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia