Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian, tiga lelaki dan wanita dipenjara 30 bulan

Sebabkan kematian pemuda di Kg Guruh-Guruh, Sipitang

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki dan seorang wanita dikenakan penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menyebabka­n kematian seorang pemuda berusia 22 tahun.

Hakim Indra Hj Ayub menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abraham Rahmon, 32, Nasir Omar, 33, Tannalin Monloh, 52, dan Husna Mangkabung, 39, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mereka bersama menyebabka­n kematian Ali Talani, pada 23 hingga 24 Mac tahun lalu antara jam 11 malam hingga jam 2 pagi, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Guruh-Guruh, Sipitang.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan dan pembelaan masing-masing memanggil lima saksi untuk memberikan keterangan kes terhadap tertuduh.

Semasa rayuan, mereka memohon hukuman diringanka­n kerana sudah menyesal dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.

Abraham memberitah­u, mangsa merogol isterinya dan menyebabka­nnya melakukan kesalahan berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwara­ya Khairuddin Idirs meminta hukuman berat dikenakan terhadap semua tertuduh.

“Akibat kejadian terbabit, satu nyawa sudah terkorban. Mereka seharusnya tidak menggunaka­n jalan sendiri untukmenye­lesaikanma­salah,” katanya.

Bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan Abraham, Nasir dan Tannalin menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 23 Mac tahun lalu, manakala Husna bermula 26 Mac tahun lalu.

 ??  ?? HUSNA (kiri) mengesat air matanya, manakala Tannalin (dua, kiri), Nasir (dua, kanan) dan Abraham (kanan) kelihatan tenang.
HUSNA (kiri) mengesat air matanya, manakala Tannalin (dua, kiri), Nasir (dua, kanan) dan Abraham (kanan) kelihatan tenang.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia