Utusan Borneo (Sabah)

Galak kerjasama swasta, NGO

Dalam menyedia kemudahan persekolah­an di negeri ini

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Tidak dinafikan lagi sistem pendidikan ini sebenarnya menuntut kita untuk memperbaha­rui diri dengan ilmu dan tekad baharu pada setiap masa. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

SANDAKAN: Kerajaan negeri amat menggalakk­an kerjasama dan sokongan daripada pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediaka­n dan membina kemudahan persekolah­an.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pembinaan bangunan sekolah baharu bagi Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew di sini telah membuktika­n betapa pentingnya kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta dalam memacu pembanguna­n dan pendidikan di negeri Sabah.

“Kerajaan negeri sememangny­a sedar betapa pentingnya menyediaka­n pendidikan yang baik dan berkualiti kepada anakanak sebagai asas kepada pembanguna­n modal insan yang mampu melahirkan generasi pelapis berminda kelas pertama.

“Kerajaan juga menyedari bahawa kejayaan masa depan anak-anak bergantung kepada pendidikan awal yang diterimany­a semasa kecil.

“Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan pihak swasta serta badan bukan kerajaan amat digalakkan,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan Tambahan SRK Sung Siew di sekolah berkenaan pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Datuk Au Kam Wah, Adun Karamuntin­g Datuk Charles O Pang, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah-Sekolah Sung Siew Datuk Chu Vui Fai, Presiden Gereja Basel Malaysia Vun Soon Chong dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong.

Musa berkata, sistem pendidikan memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa dan apa yang penting adalah kesungguha­n dan keinginan mengejar setinggi mana pencapaian yang dikehendak­i.

Selain itu, persiapan juga perlu dibuat bagi menghadapi pelbagai rintangan yang semakin hari semakin mencabar.

“Tidak dinafikan lagi sistem pendidikan ini sebenarnya menuntut kita untuk memperbaha­rui diri dengan ilmu dan tekad baharu pada setiap masa.

“Di pihak kerajaan, kita bukan sahaja menyediaka­n infrastruk­tur dan prasarana yang sesuai dan mencukupi, bahkan mengangkat martabat kualiti pendidikan bertaraf dunia melalui inisiatif yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Suka saya tekankan bahawa perubahan yang dibawa oleh kerajaan tidak mungkin berlaku dalam sekelip mata. Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan, namun apa juga cabaran yang akan dihadapi kelak, saya yakin dengan sokongan dan dukungan yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh rakyat termasuk kaum Cina,” katanya.

Pembinaan bangunan tambahan itu bertujuan memenuhi keperluan ruang pembelajar­an apabila sekolah itu melaksanak­an persekolah­an satu sesi kelak.

Bangunan tambahan itu dibina dengan kos sebanyak RM2.1 juta. Bagaimanap­un, pihak sekolah masih memerlukan kira-kira setengah juta ringgit lagi untuk penyediaan fasiliti pengajaran dan pembelajar­an.

 ??  ?? RAYMOND (tiga kiri) membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian bangunan baharu SRK Sung Siew.
RAYMOND (tiga kiri) membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian bangunan baharu SRK Sung Siew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia