Utusan Borneo (Sabah)

Belum terima maklumat, jika ada individu miliki dua kerakyatan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau belum ada menerima sebarang maklumat berhubung kewujudan kes individu yang memiliki dua kerakyatan (Indonesia dan Malaysia), setakat ini.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Krishna Djelani berkata setakat ini, belum ada kes berkaitan dilaporkan di wilayah perbatasan Tawau (Malaysia) - Nunukan (Indonesia).

“Polisi atau dasar Pemerintah Indonesia jelas untuk tidak mengiktira­f rakyat yang berstatus dua kewarganeg­araan, kecuali mereka yang lahir selepas tahun 2006,” katanya.

Katanya, individu yang lahir selepas 2006 diberi ruang memilih status kerakyatan sama ada menjadi warganegar­a Indonesia atau warganegar­a lain,ketika berusia 18 tahun.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Hari Ulangtahun (HUT) Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 di Wisma KRI Tawau, di sini pada Khamis.

Krishna berkata, rakyat Indonesia yang berada di pantai timur Sabah diingatkan supaya akur dan mematuhi tuntutan perundanga­n yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

“Janganlah kita membuat kekacauan ataupun ‘melawan’ undang-undang kerana kita harus menjunjung tinggi nama baik Bangsa Indonesia serta memelihara kesatuan kita,” katanya.

Menyentuh hal berasingan, beliau merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Malaysia kerana mengeluark­an polisi pendaftara­n pekerja asing untuk dokumen pasport pekerja.

Pada masa sama, majikan yang menggaji Tenaga Kerja Indonesia (TKI) diharap dapat menjaga kebajikan dan mendapatka­n pasport pekerja untuk TKI masing-masing.

 ??  ?? KRISHNA mengagihka­n hidangan tradisi Nasi Tumpeng kepada warga Indonesia yang hadir sempena sambutan HUT Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 di Wisma KRI Tawau.
KRISHNA mengagihka­n hidangan tradisi Nasi Tumpeng kepada warga Indonesia yang hadir sempena sambutan HUT Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 di Wisma KRI Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia