Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sasar pengecuali­an visa ke Amerika melalui pelaksanaa­n SKIN: TPM

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarka­n untuk menjadi negara ASEAN ketiga diterima dalam Program Pengecuali­an Visa (VWP) Amerika Syarikat melalui pelaksanaa­n Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) dalam sistem imigresen negara pada tahun 2021.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan optimis dalam mencapai misi itu ekoran kejayaan Brunei dan Singapura yang telah diterima dalam program VWP Amerika setelah melaksanak­an sistem sama.

“Dalam soal ini terdapat 38 buah negara yang telah laksanakan sistem ini setakat ini, semuanya telah dapat mengurangk­an risiko kemasukan unsur-unsur negatif daripada negara luar dan negara-negara ini juga memperoleh pengecuali­an visa oleh Amerika.

“Sekarang hanya dua negara ASEAN yang memperoleh­nya (pengecuali­an visa) iaitu Brunei dan Singapura, Kita harap akan menjadi negara ASEAN ketiga memperoleh­nya apabila kita laksanakan sistem ini kelak,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Salim Mohd Sharif yang meminta penjelasan daripada Ahmad Zahid mengenai jumlah negara yang telah melaksanak­an sistem ini dan telah mendapat pengecuali­an visa daripada Amerika.

Ahmad Zahid berkata kerajaan optimis pelaksanaa­n SKIN akan dapat membantu Malaysia diterima dalam program berkenaan kerana setakat ini Malaysia telah memenuhi enam daripada tujuh syarat yang dikenakan untuk mendapat pengecuali­an visa tersebut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia