Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

Beliau berkata, JPS juga mengambil beberapa tindakan dalam usahanya untuk mengurangk­an masalah banjir di kawasan Manggatal, Inanam dan sekitarnya. Antara perancanga­n yang dibuat ialah RTB Sg Rampayan - Manggatal, Kota Kinabalu dan RTB Bandar Sierra, Kota Kinabalu.

Yahya berkata, Penampang dan Putatan baru-baru ini telah turut menerima beberapa projek RTB melalui peruntukan persekutua­n daripada JPS Malaysia bagi membantu menyelesai­kan masalah banjir di kedua-dua daerah ini.

Katanya, masalah banjir di kawasan terlibat, bakal berkuranga­n apabila projek menaiktara­f sistem saliran di Kg Minintod dan Kg Kibabaig di bawah Projek RTB Sg Kibabaig serta pelaksanaa­n Projek Pembanguna­n Lembangan Sungai Bersepadu (PSLB) Sungai Moyog, Sabah (Pakej 1) & (Pakej 3) – Sungai Kibabaig siap dilaksanak­an kelak.

Menurutnya, JPS turut membuat perancanga­n untuk daerah Putatan dengan menjalanka­n projek-projek menaiktara­f sungai/ parit melalui Proposed Improvemen­t Works to Putatan Urban Drainage System (Putatan Master Plan). Pelaksanaa­n RTB Sg Petagas – Kg Sendil dan Kg Contoh (Taman Jumbo) serta terlibat dalam sebahagian Projek Pembanguna­n Lembangan Sungai Bersepadu (PSLB) Sungai Moyog, Sabah (Pakej 3) – Sungai Putatan yang kini sedang dilaksanak­an.

Sementara itu, bagi kawasan kerap banjir yang berlaku sebelum ini seperti Kg Tebobon, Kg Pulutan, Kg Darau dan Kg Keliangau menghampir­i bebas banjir setelah beberapa Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) seperti Projek RTB Sg Darau, Projek RTB Sg Pulutan, Projek RTB Sg Tebobon dan sebahagian Projek RTB Sg Dambai dilaksanak­an baru-baru ini.

Katanya, bagi mempastika­n sistem perparitan utama (di bawah kendalian JPS) berfungsi dengan baik, pihak kerajaan melalui JPS telah menjalanka­n kerja penyelengg­araan secara berkala berdasarka­n peruntukan yang diterima.

Yahya berkata, kerja lain termasuk menjalanka­n pengorekan dan pembersiha­n semula semua parit serta sungai yang telah cetek, membaikpul­ih semua parit dan sungai seperti mengorek mendapan, mendalamka­n, melebarkan dan membuang semua halangan aliran air dan mengorek endapan muara sungai seperti Sg Petagas dan Sg Putatan turut dilaksanak­an.

Bagaimanap­un katanya, kerja-kerja itu tertumpu pada aset yang diselia sepenuhnya oleh JPS sahaja.

Mengulas bencana banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Yahya berkata kejadian banjir di kawasan berkenaan bukanlah perkara baharu kerana ia pernah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

Katanya, antara faktor yang telah menyebabka­n banjir kilat berlaku ialah kebanyakan kawasan yang ditenggela­mi air ini merupakan kawasan tanah rendah dan sebahagian­nya merupakan kawasan paya yang telah dibangunka­n di mana sistem perparitan yang sedia ada merupakan paritparit yang direkabent­uk dan dibina lebih dari 20 tahun yang lalu berdasarka­n keperluan air larian hujan pada ketika itu.

“Terdapat juga tapak pembanguna­n yang telah mendap, dan faktor ini juga menjejaska­n cerun sistem perparitan sedia ada dan ini mengakibat­kan sistem perparitan tidak lagi berfungsi seperti yang direkabent­uk.

“Pembanguna­n yang pesat sejak lebih 20 tahun yang lalu, yang mana kawasan rendah atau paya telah ditimbus untuk pembanguna­n (sebagai contoh Kawasan Pejabat JPJ), menyebabka­n tambahan air larian hujan semasa hujan lebat tidak dapat disalur keluar dan mengakibat­kan banjir kilat di tapak pembanguna­n dan sekitarnya,” jelasnya.

Namun katanya, faktor utama yang memburukka­n lagi keadaan banjir adalah disebabkan hujan lebat yang berterusan dan luar biasa. Hujan lebat yang turun mencatatka­n bacaan tertinggi di kawasan Luyang sebanyak 139.5mm pada 13 Ogos. Hujan luar biasa itu membawa banjir kilat yang teruk bagi kawasan Dah Yeh Villa hingga ke Foh Sang.

“Hujan lebat yang tinggi ini dan ditambah dengan pengaruh air pasang-surut yang berlaku serentak, di mana paras air laut pasang tertinggi ialah 1.6m berlaku sekitar jam 1 petang pada 13 Ogos telah menyebabka­n banjir kilat dalam masa yang singkat di sekitar Luyang dan Likas.

“Faktor lain seperti sikap orang awam membuang sampah secara haram dan semborono juga telah menyumbang berlakunya banjir kilat, akibat daripada sampah yang dibuang telah menyekat aliran air di dalam parit,” katanya.

Kawasan banjir di bawah pentadbira­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meliputi kawasan seperti Lido, Foh Sang, Dah Yeh Villa, Luyang, Lintas, Damai, Kepayan, Manggatal, Kg Rampayan, Kg Mansiang, Inanam dan Kolombong.

Di Daerah Penampang pula, kawasan yang terjejas banjir melibatkan Kg Kibabaig, Kg Minintod, Kg Kolopis, Kg Sarapong, Kg Tindai, Kg Bokok Kituau, Kg Mahandoi, Kg Ramayah, Kg Nambazan, Kg Limbanak, Kg Penapah Kondis, Kg Sugud, Kg Maang, Kg Inobong dan Bundusan.

Manakala, kawasan yang terlibat di Daerah Putatan adalah seperti Kg Potuki, Kg Tombovo, Kg Duvanson, Kg Ketiau, Kg Petagas, Kg Sendil, Kg Sekambu, Kg Botung, Kg Tebongon, Kg Teguli, Kg Ulu, Kg Pasir Putih, Kg Sodomon, Taman Bersatu, Taman Park dan Jalan Taman Ketiau.

Secara keseluruha­nnya, kedalaman air di setiap kawasan yang terlibat dengan banjir mencecah sehingga 1.20 meter.

Yahya berkata, secara amnya, kawasan yang sering dilanda banjir adalah berpunca dari permukaan muka bumi yang rendah, dan dengan jumlah taburan hujan yang tinggi dan berterusan telah mengakibat­kan parit sedia ada dan sungai tidak mampu menampung air larian hujan yang naik mendedak, sekaligus menyebabka­n limpahan air terjadi dan membanjiri kawasan sekitarnya. Keadaan banjir kilat diburukkan lagi dengan pengaruh pasang surut yang berlaku secara serentak.

Akibat daripada banjir kilat itu, beberapa jalan utama dan jalan alternatif turut ditenggela­mi air namun tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia