Utusan Borneo (Sabah)

Cuba bunuh diri: Pesara kena bon berkelakua­n baik dua tahun

-

KOTA KINABALU: Seorang pesara yang cuba membunuh dirinya kerana berhutang dengan Ah Long, dikenakan bon berkelakua­n baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat keputusan itu terhadap Chan Mow Yin, 54, yang mana pada Khamis untuk jatuh hukum dan fakta kes.

Mahkamah mengenakan sebanyak RM500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan terhadap tertuduh, atau gagal bayar penjara dua minggu.

Chan yang mengaku bersalah mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, melakukan perbuatan dengan cara mengelar lehernya, pada 25 Mac jam 11.45 pagi di jalan besar Taman Juta Penampang.

Hukuman yang diperutukk­an, penjara selama tempoh setahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada hari sama kira-kira jam 2.45 petang satu laporan dibuat oleh seorang doktor yang bertugas di bilik kecemasan.

Beliau menyatakan menerima seorang pesakit iaitu tertuduh yang didapati mengelar lehernya sendiri dalam percubaan membunuh diri.

Hasil siasatan pihak polis, tertuduh mengelar leher beberapa kali untuk membunuh diri disebabkan masalah hutang.

Ketika rayuan, Chan yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

“Saya takut Ah Long kacau, kalau boleh tidak mahu penjara dan mahu cepat keluar sebab mama sudah tua. Saya berhutang sudah mencecah RM50,000,” katanya semasa menjawab soalan daripada Stephanie.

Pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 23 Ogos untuk sebutan semula kes terhadap seorang pesalah juvana di Mahkamah Kanak-Kanak, atas pertuduhan merompak.

Mahkamah membuat keputusan itu terhadap remaja berkenaan yang berusia 17 tahun yang didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Remaja berkenaan merompak seorang remaja perempunan berusia 17 tahun dan merampas telefon bimbitnya, pada 26 Julai jam 7 malam, di Putatan Point.

Namun tiada pengakuan direkodkan dan ikat jamin diberikan sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia